Struktur Tadbir Urus TPB2030

Tadbir urus TPB2030 dibentuk bagi melibatkan semua Kementerian utama. Pengukuhan ini dilakukan menerusi penubuhan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) yang dianggotai Menteri Kabinet dan tokoh Bumiputera dari pelbagai sektor perniagaan, ekonomi dan pendidikan.

Unit Permerkasaan Agenda Bumiputera (UPAB)

Sebuah unit khas Bumiputera, UPAB akan di tubuhkan untuk memastikan wujudnya unit strategi khusus di semua Kementerian, Jabatan, Agensi, Kerajaan Negeri, GLC, GLIC dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memacu pelaksanaan TPB2030 dan menyelaraskan perkemban gan di pelbagai entiti awam dan swasta Bumi putera.

Pasukan Pengurusan Program (PMT) TPB2030

PMT TPB2030 akan ditubuhkan bagi memimpin pelaksanaan TPB2030 dengan berkesan dengan memantau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) program pembangunan dan inisiatif yang digariskan di bawah setiap KEGA dan PA. Ini akan memastikan keberhasilan yang ditetapkan dapat dicapai dalam jangka masa yang digariskan.