Sektor Pembuatan memainkan peranan penting dalam transformasi ekonomi Malaysia. Malaysia terus menarik pelaburan besar ke seluruh sektor pembuatan kerana kepelbagaian ekonomi, asas pembuatan yang kukuh, infrastruktur dan kesalinghubungan termaju, dasar proaktif Kerajaan, dan ketersediaan tenaga kerja. Bagaimanapun, ketika persaingan semakin berkembang dalam sektor ini, penglibatan perusahaan Bumiputera kekal rendah disebabkan keterbatasan sumber untuk berkembang.

Pandemik COVID-19 telah menjejaskan ekonomi global – Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) melaporkan yang bahawa KDNK nyata global menguncup sebanyak 3.4% pada tahun 2020. Walaupun begitu, OECD menjangkakan pelonjakan pertumbuhan ekonomi KDNK kepada 5.6% dan 4%, masing-masing pada 2021 dan 2022. Walaupun KDNK Malaysia menguncup sebanyak 5.6% pada tahun 2020, sektor pembuatan kekal bertahan, menjadi sektor kedua paling kurang terkesan pada tahun itu. Paling ketara, sektor pembuatan sarung tangan, peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan perubatan merekodkan lonjakan jualan dalam tempoh sama.

Di bawah KEGA ini, usaha akan ditumpukan untuk pemerkasaan pembuatan Bumiputera tempatan untuk membangunkan penyelesaian pintar, membangunkan produk pembuatan bernilai tambah tinggi untuk eksport dan menukar pengubah sisa pembuatan kepada tenaga.


RM29.59bilion

GOS 2030

145,225

Pekerjaan Langsung

RM19.08bilion

Jumlah Pelaburan