Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama 
TPB2030 memberi fokus kepada 7 Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) iaitu Ekonomi Digital, Pembuatan, Pertanian & Komoditi, Hab Halal dan Makanan, Logistik, Pengangkutan & Mobiliti Lestari, Hab Kewangan Islam 2.0 dan Pelancongan.
Bidang Transformasi Ekonomi Bumiputera
Bidang Transformasi Ekonomi Bumiputera (BETA) adalah sektor yang telah dikenal pasti di bawah Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TBP2030) berdasarkan potensi yang belum dimanfaatkan dan dapat diterokai untuk meningkatkan dan memperkasakan lagi penyertaan Bumiputera.
Bidang Keutamaan
TPB2030 dibangunkan untuk memastikan yang strategi Bumiputera digariskan dalam WKB2030 dapat dilaksanakan dengan penglibatan bekerjasama pemain utama industri dengan tumpuan kepada 7 KEGA yang disokong oleh 7 PA.