Malaysia sering dikaitkan dengan Sektor Pelancongan yang merupakan sebagai salah satu sektor utama yang memacu ekonomi negara. Senada dengan trend global, Malaysia merekodkan pertumbuhan kukuh sektor pelancongan sejak bertahun-tahun dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun dari 2007 sehingga 2019. Walaupun sektor pelancongan Malaysia membangun kukuh, penglibatan perusahaan Bumiputera kekal rendah. Pada 2019, perusahaan Bumiputera hanya menyumbang sekitar 9.89% kepada KDNK pelancongan dan berada di kedudukan terbawah dalam rantaian nilai industri.

Walaupun prestasinya konsisten, pandemik COVID-19 telah mengganggu-gugat sektor pelancongan tempatan dan global. Dalam usaha mengekang penularan virus, Kerajaan seluruh dunia terpaksa menutup sempadan negara mereka. Kerajaan Malaysia juga menutup sebahagian besar sektor ekonomi dalam skala yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 83.4% bagi ketibaan antarabangsa pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya. Akibat penutupan sempadan, sektor pelancongan Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM73.4 bilion pada 2020, dan industri ini dijangka akan terus terjejas sehingga 2024.

Empat (4) tema, tujuh (7) projek rintis, dan lima (5) pemboleh daya dikenal pasti di bawah KEGA ini untuk membuka laluan pembangunan pemulihan dan pembaharuan bagi sektor pelancongan di bawah TPB2030.


RM36.45bilion

GOS 2030

8,367

Pekerjaan Langsung

RM10bilion

Jumlah Pelaburan