Sektor logistik mengalami perubahan besar sedekad yang lalu. Ianya dapat dilihat pada perubahan arah aliran globalisasi, peralihan keperluan pengguna dan landskap politik dan ekonomi yang terus berkembang. Namun, di tengah pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan penularan pandemik COVID-19, industri logistik terus meningkat.

Sejak bertahun lalu pelbagai inisiatif telah diperkenalkan di negara ini seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) memberi sebuah persekitaran perniagaan yang kondusif bagi mendukung pertumbuhan di pasaran logistik. Di antara faktor-faktor yang meyumbang kepada pertumbuhan industri logistik negara ini adalah lokasi yang strategik, hubungan degan negara serantau, peneraju logistik dan penghantaran, serta lanskap politik, ekonomi dan sosial yang stabil.

Di bawah tiga (3) tema KEGA ini, TPB2030 akan memberi tumpuan kepada usaha untuk mewujudkan hab logistik serantau diterajui Bumiputera, meningkatkan penglibatan mereka dalam industri maritim dan perkapalan, serta menyediakan peluang penerokaan wilayah baharu dalam segmen kelestarian mobiliti.


RM15.86bilion

GOS 2030

5,883

Pekerjaan Langsung

RM31.88bilion

Jumlah Pelaburan