TPB2030 akan melakukan pemerkasaan usahawan Bumiputera melalui program pembangunan kapasiti yang holistik untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing mereka. Program pembangunan juga akan menyemai pengetahuan untuk mendorong daya tahan mereka di dalam pasaran. Inisiatif strategi, serta kerjasama dengan rakan industri, akan turut mendorong mereka menyertai pertumbuhan industri masa depan dan sektor berimpak tinggi. Latihan, nasihat, pembiayaan, dan mudah cara jaringan perhubungan juga akan diberikan pendekatan berdasarkan keperluan dan merit untuk memperluas peluang yang tersedia untuk PKS Bumiputera.

Objektif utama Bidang Keutamaan 4 (PA4) adalah untuk meningkatkan penyertaan dan daya tahan usahawan Bumiputera dalam ekonomi, dengan penekanan khas kepada 7 KEGA. Empat (4) inisiatif telah dikenal pasti untuk memperkukuh ekosistem pembangunan keusahawanan Bumiputera, mendorong perniagaan Bumiputera ke sektor bernilai tinggi, membangun hab pemacu, dan meningkatkan penyertaan melalui pembangunan dasar “Carve-Out and Compete”.