Di bawah Bidang Keutamaan 5 (PA5), ketidaksepadanan antara harga rumah dan pendapatan isi rumah akan ditangani dan diberi perhatian dalam dasar perumahan untuk memastikan bahawa bekalan perumahan bukan sahaja mencukupi, malah mampu dimiliki. Penyelesaian yang dicadangkan harus berfokus kepada peningkatan kecekapan dan kemampanan pasaran aset kediaman, mengatasi jurang pendapatan dan kos sara hidup, serta sistem sokongan sosioekonomi. Matlamat utamanya adalah untuk mewujudkan ekosistem perumahan nasional yang kondusif, dan usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak. Mekanisme pembiayaan seperti skim RTO akan diperluas untuk projek perumahan Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan diperkenalkan dan diperluas kepada pemilikan aset komersial dan perindustrian bagi memudah cara lebih banyak pemerolehan Bumiputera

Terdapat tiga (3) tema yang telah dikenal pasti untuk memastikan usaha ini dapat dilaksanakan, menggalakkan pemilikan kekayaan individu Bumiputera, menambah baik pemangkin untuk menyokong pembangunan dan pemilikan harta tanah, dan meningkatkan nilai aset Bumiputera. 3 tema ini akan disokong oleh 3 inisiatif yang akan mendorong usaha meningkatkan pemilikan kekayaan Bumiputera.