Ketidaksepadanan Harga Rumah dengan Pendapatan Isi Rumah

Secara asasnya, urus niaga minimum dalam aset bukan kewangan Bumiputera adalah disebabkan peningkatan kesenjangan antara harga rumah dan pendapatan isi rumah. Ketidaksepadanan antara harga rumah dalam pasaran dan kuasa beli yang rendah mendesak kerajaan untuk menggubal dasar perumahan yang memberi fokus kepada penambahbaikan secara berterusan kepada pasaran kediaman secara berkesan dan mampan. Faktor utama ekosistem pemilikan kediaman ini terletak kepada usaha menangani isu pendapatan sebenar dan kos sara hidup.


Pemilikan Kediaman sebagai Sumber Pendapatan

Sumbangan pendapatan daripada pelaburan dan aset harta tanah kepada peratusan pendapatan kasar ketua isi rumah telah meningkat daripada 9.6% pada tahun 2012 kepada 12.9% pada tahun 2019, menunjukkan betapa pentingnya aset harta tanah dalam menjana kekayaan. Pendapatan penengah isi rumah bulanan kasar bagi ketua isi rumah di dalam sektor harta tanah adalah yang tertinggi berbanding lain-lain industri pada nilai RM14,801. Pemilikan kediaman dapat menghasilkan pendapatan tambahan dalam bentuk pengumpulan yuran sewa atau modal keuntungan yang boleh melengkapkan gaji pokok.