Malaysia telah diiktiraf sebagai negara termaju dalam kewangan Islam setakat 2020. Ini meletakkan kita di hadapan Indonesia dan Negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) seperti Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Arab Saudi. Menurut Petunjuk Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2020, aset Kewangan Islam terkumpul Malaysia berjumlah ASD570 bilion pada 2019, meletakkannya sebagai pasaran ketiga terbesar Kewangan Islam dunia (pada masa ini, aset Kewangan Islam global berjumlah ASD2.9 trilion). Negara kita juga adalah peneraju global dalam jumlah penerbitan Sukuk, aset perbankan Islam, aset Takaful dan pembiayaan Islam; berada dalam kedudukan tiga teratas dalam pelbagai ukuran global.

Bagaimanapun, masih wujud pelbagai cabaran yang perlu diatasi dalam industri Kewangan Islam tempatan bagi menjamin kelangsungan dan kemampanan pertumbuhan sektor. Ini termasuklah perkembangan pantas penyeliaan, dan keterbatasan penerimapakaian digital dalam kalangan PKS.

Berlandaskan pertimbangan ke atas semua halangan ini serta krisis COVID-19, Malaysia kini terdedah kepada isu kerentanan ekonomi. Akibatnya, PKS selaku tulang belakang ekonomi Malaysia harus mengambil langkah berwaspada untuk menerokai bidang pertumbuhan baharu akibat ketidakstabilan pasaran semasa.

Empat (4) tema dalam KEGA ini direka bentuk untuk menangani setiap satu cabaran utama yang telah dikenal pasti. KEGA ini menggerakkan usaha perubahan Malaysia menjadi Hab Kewangan Islam yang mampu menarik pelabur dan pencari modal.


RM17.63bilion

GOS 2030

11,257

Pekerjaan Langsung

RM10.72bilion

Jumlah Pelaburan