Kekurangan Penerimaan Digital

Teknologi Kewangan (fintech) adalah merupakan segmen baharu dalam pasaran Malaysia. Di dalam ruang Kewangan Islam terdapat peluang untuk menentukan visi negara untuk fintech Islam, serta potensi pembangunan fintech Islam. Kehadiran teknologi dan jurang generasi juga mengekang keterangkuman dalam ekonomi digital Islam. Beberapa segmen penduduk, terutamanya di kawasan luar bandar, kurang kesedaran mengenai perkembangan dalam teknologi kewangan. Ini mewujudkan halangan kepada pemasaran produk dan penawaran teknologi kewangan yang berkesan.


Peningkatan Persaingan Dalam Pasaran Rentan

Industri Kewangan Islam adalah lebih kecil berbanding industri konvensional. Ia dijangka akan mengalami peningkatan persaingan daripada institusi kewangan yang kukuh serta yang baharu muncul. Berlatarbelakangkan ketidaktentuan parameter utama seperti harga minyak dan risiko geopolitik, pemain industri Kewangan Islam akan berhadapan dengan kemungkinan cabaran untuk meneroka saluran pertumbuhan baharu. S&P Global Ratings telah mengunjurkan bahawa industri Kewangan Islam global akan berkembang secara perlahan untuk tempoh dua (2) tahun akan datang.

Jurang Bakat

Kumpulan bakat Kewangan Islam pada masa kini mempunyai jumlah Pakar Syariah yang terhad terutamanya dalam peraturan yang berkaitan dengan Kewangan Islam. Sebagai contoh, pelaksanaan rangka kerja pengawalseliaan dan piawaian sedia ada yang dikeluarkan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), sebuah organisasi penetapan standard antarabangsa, memerlukan pakar teknikal dalam undang-undang Syariah dan Kewangan Islam.


Celik Kewangan Kekal Rendah

Di sebalik usaha berterusan oleh Kerajaan, badan kawal selia, dan pemain industri, tahap celik kewangan masih rendah di Malaysia, sekali gus menghalang aliran masuk kewangan. Sehingga tahun 2017, 15% rakyat Malaysia tidak mempunyai akaun institusi kewangan, dengan hampir separuh daripada mereka memberikan alasan bahawa mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membuka akaun bank. Selain itu, 28% rakyat Malaysia juga dilaporkan kurang percaya terhadap institusi kewangan sebagai faktor untuk tidak memiliki akaun bank.