Memperluas Capaian Kewangan Islam

“Kejayaan pelaksanaan program pembangunan di bawah KEGA Hab Kewangan Islam 2.0 akan menyumbang kepada GOS sebanyak RM17.63 bilion kepada Bumiputera pada tahun 2030, dan mencipta 11,257 pekerjaan langsung kepada sektor ini.”

Program Pembangunan #1

Menerbitkan Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI)

Program pembangunan ini bertujuan untuk memanfaatkan kepimpinan dan kepakaran Malaysia dalam terbitan Sukuk global untuk pelaksanaan Sukuk yang lebih inovatif. Malaysia terus menjadi pemacu utama bagi pasaran Sukuk, mewakili 47.5% daripada jumlah Sukuk tertunggak global pada akhir Februari 2020 dan 34% daripada jumlah aset dana Islam global di bawah pengurusan (AuM) setakat Disember 2019. Penerbitan Sukuk SRI boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan projek pembasmian kemiskinan di negara ini, sekali gus menjadikannya sebagai pemacu dalam meningkatkan taraf sosioekonomi Bumiputera.

RM13.51bilion

GOS

RM7.05bilion

Pembiayaan

5,500

Pekerjaan


Pendigitalan Kewangan Islam

Program Pembangunan #2

Penubuhan Bank Digital Islam


Program Pembangunan 2.1

Penubuhan Bank Digital Islam oleh Agensi Kerajaan

Dengan peluang yang dibuka oleh BNM dan manfaat menubuhkan bank digital, Kerajaan telah mengenal pasti dua institusi untuk menubuhkan Bank Digital Islam yang bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat mikro-PKS, PKS, B40, dan M40. Bank Digital ini akan menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian lantas memberi manfaat kepada segmen Bumiputera yang kurang diberi perhatian atau terabai.

RM790juta

GOS

RM1.25bilion

Pembiayaan

1,043

Pekerjaan

Program Pembangunan 2.2

Penubuhan Bank Digital Islam oleh Syarikat Bumiputera

Untuk menubuhkan Bank Digital Islam yang diterajui Bumiputera, ia memerlukan penyertaan pemain daripada pelbagai industri, yang kebanyakannya akan membentuk konsortium untuk mendapat manfaat daripada model penawaran kos rendah perbankan digital. Sebagai platform bersepadu, Bank Digital Islam juga akan menyediakan pendidikan celik kewangan. Masyarakat Bumiputera akan mendapat manfaat daripada ilmu tentang penciptaan dan pengekalan kekayaan, perancangan cukai, serta pelaburan.

RM102juta

GOS

RM1.64bilion

Pembiayaan

197

Pekerjaan


Menubuhkan Hab Kewangan Islam Serantau


Program Pembangunan #3

Sistem Pembayaran dan Penukaran Serantau D-8

Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan rangkaian ini yang sentiasa menginovasi proses pembayaran untuk meningkatkan akses kepada perbankan bagi komuniti yang kurang diberi perhatian bermula daripada perkhidmatan wang mudah alih yang rendah untuk pengiriman wang sehingga pembayaran kad merentasi kawasan untuk keterangkuman kewangan. Program pembangunan ini akan mencipta peluang untuk Bumiputera serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya untuk mewujudkan kekayaan, pemeliharaan, dan peluang pengekalan dengan negara-negara D-8 melalui blok yang paling asas yang dimiliki iaitu rakyatnya.

RM1.17bilion

GOS

RM570juta

Pembiayaan

1,268

Pekerjaan

Program Pembangunan #4

Menubuhkan Platform Penyelesaian Perdagangan Serantau menggunakan Mata Wang Kripto Bersandarkan Emas

Kerajaan berhasrat untuk membina hab serantau untuk berkhidmat sebagai pusat sehenti (OSC) bagi semua negara yang mengambil bahagian dan perniagaan masing-masing. Melalui pelaksanaan dalam 2 fasa, OSC akan menyediakan model penyelesaian bersih mata wang (currency net settlement model), dan penyelesaian perdagangan mata wang kripto yang disokong oleh nilai emas di platform blok rantaian.

RM1.86bilion

GOS

RM150juta

Pembiayaan

1,285

Pekerjaan


Pendigitalan Kewangan Islam


Program Pembangunan #5

Pemerkasaan Ekonomi Koperasi Masjid & Pembangunan Tahfiz (KojiD Preneur)

Secara individu, koperasi kelihatan kecil dan menarik sedikit pendapatan. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan menerusi Dasar Koperasi Kebangsaan 2011- 2020 menunjukkan bahawa koperasi besar, melalui usaha sama mereka, menarik aset dan hasil penting yang meningkat setiap tahun. Mekanisme model koperasi juga merupakan tarikan besar kepada penduduk Islam Malaysia.

Pelajar tahfiz mewakili sekumpulan besar Bumiputera yang mempunyai potensi yang belum diterokai kerana tidak menerima pengiktirafan rasmi untuk kelayakan mereka dan kekurangan kemahiran teknikal yang mengehadkan peluang kerjaya. Tanpa kelayakan rasmi, pelajar tahfiz tidak mampu bergabung dalam sistem pendidikan tinggi atau mendapatkan pekerjaan rasmi apabila tamat pengajian sekali gus mengehadkan pilihan kepada bekerja sendiri dan kerja kebajikan sosial dalam sektor pekerjaan yang tidak formal.

RM200juta

GOS

RM59.5juta

Pembiayaan

1,965

Pekerjaan