Industri pertahanan merupakan antara industri terpenting di Malaysia sejak penubuhan negara dan Malaysia kekal komited untuk melindungi kedaulatan negara dan integriti wilayah di bawah sektor ini. Sektor pertahanan memainkan peranan penting untuk kestabilan ekonomi dan telah dikenal pasti sebagai salah satu BETA di bawah TPB2030. Ini kerana terdapat potensi yang belum diterokai sepenuhnya bagi memperhebat dan memperkasa penyertaan Bumiputera dalam sektor ini dan membuka jalan kepada Bumiputera memainkan peranan lebih besar dalam industri pertahanan.

Hakikatnya, bidang pertahanan menjadi aspek utama negara sejak kemerdekaan, sektor ini telah berkembang pada CAGR berjumlah 7.56% sejak tahun 1960.