Agenda pemerkasaan Bumiputera akan dipacu oleh Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) sebagai pelan hala tuju 10 tahun. TPB2030 adalah kesinambungan daripada dasar dan rancangan Bumiputera terdahulu yang bertujuan memperkasa ekonomi Bumiputera bagi memastikan kelestarian dan kesaksamaan agar tidak ada Bumiputera yang ketinggalan.

Bidang Keutamaan 1 (PA1) akan tertumpu kepada usaha pengukuhan kesejahteraan sosioekonomi Bumiputera dan pada masa sama memastikan pengagihan saksama dan mampan kekayaan.

Pelaksanaannya akan didasari oleh satu (1) tema dan satu (1) inisiatif bagi memastikan usaha memacu pembangunan sosioekonomi Bumiputera dijayakan dan lebih banyak kemakmuran ekonomi saksama dicapai. PA1 meliputi, antara lain, program pembangunan, tadbir urus dan pelaksanaan serta pemantauan TPB2030.