Sebagai negara yang mempunyai hubungan diplomatik yang kukuh dengan negara Islam yang lain dan mempunyai majoriti penduduk beragama Islam, Malaysia sudah berhasil menjulang reputasinya sebagai peneraju perdagangan Halal. Melalui Pusat Penyelidikan di Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri – kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) – Malaysia menubuhkan badan pensijilan Halal pertama dan merintis proses pensijilan Halal sejak tahun 1974. Selain menyelia urusan hal ehwal Islam negara, JAKIM meneroka lapangan baharu dengan membangunkan dokumentasi sistematik sistem jaminan Halal. Sektor makanan Halal, farmaseutikal dan sub sektor perkhidmatan makanan telah dikenal pasti sebagai industri berpotensi untuk memacu pencapaian matlamat KEGA. Usaha untuk memandu sub sektor ini akan memberi tumpuan kepada pembinaan keupayaan, pengantarabangsaan pemegang sijil Halal Bumiputera, dan penyelarasan bantuan dan program Kerajaan seiring dengan sasaran yang ditetapkan didalam WKB2030 dan RMKe-12.

Dalam pelaksanaan strategi ini, Kerajaan akan menumpukan usahanya untuk mengukuhkan dan membangunkan rantaian bekalan moden Halal bersesuaian dengan abad ke-21 dan IR4.0. Program pembangunan akan memberi tumpuan kepada pembangunan produk Halal bernilai tinggi, perkhidmatan, keupayaan dan kemampuan.


RM11.75bil

GOS 2030

10,924

Pekerjaan Langsung

RM1.15bil

Jumlah Pelaburan