Membangunkan Produk Halal Bernilai Tambah Tinggi

“KEGA Hab Halal dan Makanan bermatlamat untuk memangkin komponen bernilai tinggi yang belum diteroka dalam industri makanan dan farmaseutikal Halal. Industri ini menunjukkan permintaan kukuh serta potensi pertumbuhan besar terutama sekali pada peringkat global. Kejayaan pelaksanaan projek di bawah KEGA ini akan menyumbang RM11.75 bilion lebihan kendalian kasar (GOS) Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta mencipta 10,924 pekerjaan langsung menjelang tahun 2030.”

Program Pembangunan #1

Menaik Taraf Vaksin Halal dan Kemudahan Biologik


Program Pembangunan 1.1

Menaik taraf Kemudahan Biologik

Kerajaan meletakkan matlamat untuk menubuhkan pengusaha farmaseutikal Bumiputera yang berkemampuan dan berupaya memenuhi keperluan pengeluaran dan pengurusan rantaian bekalan farmaseutikal biologik dan vaksin Halal. Ini akan menjadi bidang nic yang akan memastikan bekalan mampan produk biosimilars dan vaksin Halal.

RM0.50bil

GOS

RM36juta

Pembiayaan

24

Pekerjaan

Program Pembangunan 1.2

Membangunkan Vaksin Halal Pertama

Bagi memenuhi hasrat Kerajaan untuk mencipta pengusaha Bumiputera yang boleh membangunkan produk, mengkomersialkan dan menguruskan rantaian bekalan vaksin meningococcal Halal pertama dunia, tindakan akan dibuat berdasarkan konsep Halalan Toyyiban ditetapkan Standard Malaysia (MS) 2424. Di bawah projek ini vaksin Meningococcal Conjugate ACWY-135 Halal ini sedang dibangunkan menerusi kerjasama antara syarikat Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat.

RM0.12bilion

GOS

RM270juta

Pembiayaan

25

Pekerjaan


Program Pembangunan 1.3

Menaik taraf Kemudahan Pengeluaran Vaksin Halal

Kerajaan juga merancang untuk membangunkan kemudahan pengeluaran vaksin Halal. Program ini bermatlamat untuk menyediakan jaminan bekalan serta mengurangkan kebergantungan import dengan mengeluarkan vaksin berkualiti tinggi dan mampu milik di dalam negara. Ini juga memenuhi keperluan unik vaksin di peringkat nasional, mengekang keraguan sosial terhadap vaksin, serta membantu penduduk bersedia untuk berdepan kemungkinan pandemik di masa hadapan.

RM1.46bilion

GOS

RM300juta

Pembiayaan

25

Pekerjaan


Program Pembangunan #2

Pengkomersialan Produk Halal Bernilai Tinggi

Kerajaan akan meneroka peluang pengkomersialan madu kelulut. Pengoperasian program ini akan tertumpu kepada pembentukan kerjasama strategik antara entiti swasta, Agensi Kerajaan dan penduduk tempatan untuk membotolkan dan mengkomersialkan madu kelulut. Selanjutnya, R&D akan dilaksanakan untuk mencari bukti saintifik bagi menyokong manfaat madu kelulut.

RM146juta

GOS

RM10.25juta

Pembiayaan

500

Pekerjaan


Mentransformasi Penglibatan Bumiputera Dalam Industri Halal


Program Pembangunan #3

Program Peningkatan Keupayaan dan Kemampuan


Program Pembangunan 3.1

Program Usahawan Farmasi Halal Bumiputera

Kerajaan merancang untuk memulakan Program Usahawan Farmasi Halal Bumiputera. Inisiatif ini terdiri daripada dua (2) program pembinaan keupayaan: program peningkatan keupayaan bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keupayaan keusahawanan sedia ada ahli farmasi; dan program pembangunan keupayaan untuk graduan baharu. Ini akan meningkatkan perkhidmatan untuk komuniti dengan menggunakan elemen Halal.

RM8.0juta

GOS

RM4.20juta

Pembiayaan

380

Pekerjaan

Program Pembangunan 3.2

Program Pembangunan Komuniti Farmasi

Bagi program pembinaan keupayaan kedua, ada rancangan untuk mewujudkan Program Pembangunan Komuniti Farmasi di bawah TPB2030. Projek ini bermatlamat untuk memberikan peluang pekerjaan kepada graduan baharu jurusan farmasi, mencipta peluang keusahawanan, membina keupayaan ahli farmasi, mengurangkan kebergantungan kepada kemudahan Kerajaan, dan meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam komuniti farmasi.

RM0.92juta

GOS

RM94juta

Pembiayaan

1,000

Pekerjaan


Program Pembangunan 3.3

Kiub Halal

Selain itu, ada juga rancangan untuk melaksanakan inisiatif Kiub Halal. Inisiatif Kiub Halal bermatlamat untuk membolehkan usahawan Bumiputera mengeluarkan produk dengan sijil Halal dengan keupayaan lebih besar – akan menyediakan premis dan peralatan patuh Halal untuk pengeluaran Halal yang mematuhi syarat dan keperluan ditetapkan Hab Halal JAKIM, Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (FSQ) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Standard Malaysia, Pihak Berkuasa Pendapatan (PBT) dan badan penilaian berkaitan yang lain.

RM78juta

GOS

RM25juta

Pembiayaan

200

Pekerjaan

Program Pembangunan 3.4

Inkubator / Pemacu Halal HIPER

Selain itu, Kerajaan juga merancang untuk membangunkan inisiatif Inkubator/Pemacu Halal HIPER. Di bawah projek ini, sasaran ditetapkan untuk peserta terlibat bagi meningkatkan jumlah perolehan terkumpul kepada RM300 juta setahun dengan keuntungan kasar antara 60% hingga 80%. Perolehan perusahaan ini dijangka merekodkan 40% CAGR atau RM900 juta menjelang 2030. 300 peserta baharu juga disasarkan menyertai program ini, dengan sasaran untuk merekodkan perolehan terkumpul sebanyak RM3 bilion setahun menjelang 2030.

RM6bilion

GOS

RM37.3juta

Pembiayaan

6,010

Pekerjaan


Menubuhkan Rantaian Moden Bekalan Halal


Program Pembangunan #4

Mengukuhkan Rantaian Bekalan Halal


Program Pembangunan 4.1

Sistem Pengurusan Rantaian Bekalan Automasi

Kerajaan akan melaksanakan beberapa inisiatif dalam usaha memodenkan dan mengukuhkan rantaian bekalan Halal. Pertamanya, Kerajaan merancang untuk menyediakan program latihan berkumpulan berstruktur Pengurusan Rantaian Bekalan meliputi modul berkaitan dengan Rantaian Bekalan Automasi, Proses Automasi Robotik, Penyimpanan Automasi, Sistem Mendapat Kembali Data dan analitik data. Program ini akan memberi tumpuan kepada menambah baik kemudahan sedia ada dan baharu rakan swasta Malaysia selaras dengan IR4.0.

RM83juta

GOS

RM2.60juta

Pembiayaan

100

Pekerjaan

Program Pembangunan 4.2

Uberisation Penjagaan Kesihatan (HC-Uber)

Keduanya, Kerajaan berhasrat untuk menubuhkan dan menyokong Uberisation Penjagaan Kesihatan (HC-Uber) yang meliputi penambahbaikan Sistem Berpusat Pembelian & Pengedaran dan menyokong teleperubatan dan Unit Penjagaan Kesihatan Halal. Sistem Berpusat Pembelian & Pengedaran akan ditubuhkan untuk pengurusan stok ubat dan farmaseutikal yang lebih menjimatkan masa, berkesan dan cekap serta mengurangkan tempoh proses logistik.

RM0.84bilion

GOS

RM300juta

Pembiayaan

2,470

Pekerjaan


Program Pembangunan 4.3

Gudang Bersepadu sebagai Pusat Pembelian & Pengedaran

Salah satu komponen utama program ini adalah Gudang Bersepadu yang juga menjadi Pusat Pembelian & Pengedaran. Pusat ini akan bertindak sebagai penyelesaian akhir-ke-akhir bermula daripada pemesanan ubat hingga kepada menjejak penghantaran, menggunakan saluran digital yang menyediakan maklumat masa nyata yang memastikan ketepatan dan keberkesanan sistem.

RM1.60bilion

GOS

RM316juta

Pembiayaan

190

Pekerjaan