Tanah Rizab Melayu (TRM) mempunyai potensi besar, terutamanya dalam pembangunan tanah rizab yang terletak di kawasan bandar dan pinggir bandar. Pembangunan tanah ini seterusnya akan melonjakkan nilai ekonomi tanah tersebut. Bagi memaksimumkan nilainya, pihak berkuasa berkaitan akan bekerjasama dalam penyampaian inisiatif di bawah Bidang Keutamaan 6 (PA6) bagi membolehkan pemilik tanah Bumiputera memperoleh kekayaan daripada aset bukan kewangan mereka.

Dasar & Peraturan dan Mekanisme Penyampaian adalah faktor utama kejayaan untuk PA6. Justeru, inisiatif untuk mengintegrasikan dasar tanah Bumiputera ke dalam pelbagai tahap tadbir urus akan bertindak sebagai asas yang akan memudahkan pencapaian teras yang digariskan.

Bagi mengoptimumkan potensi dan meningkatkan nilai TRM untuk manfaat Bumiputera, dua (2) tema telah digubal di bawah PA6. Ia selari dengan matlamat RMKe-12 yang berhasrat untuk meningkatkan pemilikan kediaman dan menjana kekayaan untuk Bumiputera.