Kawasan Tanah Tidak Terpakai dan Strategik

Kedudukan TRM yang tidak strategik dan berada di kawasan luar bandar yang jauh dari bandar utama bermaksud permintaan perumahan dan aktiviti komersial agak rendah. Ini mengakibatkan pembangunan ekonomi dan peluang pelaburan yang rendah oleh sektor swasta kerana kemampuan untuk mengkomersialkan lokasi-lokasi ini menjadi isu utama. Faktor utama yang menyumbang kepada permintaan tanah dan harta tanah seperti lokasi, kemudahan di kawasan sekitarnya, ketersediaan pengangkutan awam, pengezonan, kegiatan komersial yang menjadi sebab harga tanah di pusat bandar seperti Kuala Lumpur tetap tinggi meskipun dalam situasi pandemik.


Kekurangan Dasar dan Strategi yang Jelas dan komprehensif

Kekurangan dasar dan strategi yang jelas dan komprehensif menyukarkan proses dokumentasi dan pembuktian pemilikan tanah. Kebanyakan TRM merupakan tanah yang diwarisi oleh keluarga dari beberapa generasi tanpa pendaftaran dan dokumentasi yang sah dan betul di pejabat tanah dan daerah. Contohnya, tanah dan harta tanah di Kampong Bharu yang sering mengalami perselisihan dan pertikaian mengenai isu pemilikan, mengakibatkan kesulitan dan halangan besar dalam mencapai kebolehpasaran dan penerimaan pelaburan.