Meningkatkan Nilai Tanah Rizab Melayu


Inisiatif #1

Dasar dan Tadbir Urus Bersepadu Tanah Bumiputera

Untuk melakukan perubahan secara sistematik dan berkesan, gabungan antara dasar tanah Bumiputera di semua peringkat tadbir urus perlu dipertingkat melalui pembentukan Pelan Induk bersepadu untuk TRM. Kerangka holistik ini akan disatukan ke dalam pembangunan strategi Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan. Peningkatan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan dilakukan seiring dengan pembangunan pangkalan data tanah Bumiputera yang komprehensif, yang dicadangkan untuk disatukan di bawah Analitik Data Raya Bumiputera (BBDA) TERAJU.

RM26juta

Pembiayaan


Inisiatif #2

Tabung Amanah dan Insentif Pembangunan Tanah Bumiputera

Kekurangan pembangunan dan nilai TRM yang rendah berpunca daripada lokasi yang berselerak, di samping saiz TRM yang kecil, kurang digunakan, dan tidak berada di lokasi yang strategik. Pembangunan TRM memerlukan dana yang besar di luar kemampuan kewangan pemilik tanah individu, seterusnya menjejaskan nilainya. Oleh itu, Kumpulan Wang Amanah dan Insentif Pembangunan Tanah Bumiputera akan berfungsi sebagai dana khusus untuk membolehkan Organisasi Pembangunan Usahawan (EDO) bekerjasama dengan pemilik tanah bagi mengembangkan aset komersial bernilai tinggi di TRM.

RM1bilion

Pembiayaan


Inisiatif #3

Projek Pembangunan Bumiputera di Peringkat Nasional

Projek Pembangunan Bumiputera di Peringkat Nasional adalah inisiatif bagi membangunkan sebuah perbandaran mega yang berdekatan dengan lokasi TRM. Di samping meningkatkan nilai tanah, pembangunan bandar mega di kawasan pinggir bandar dengan infrastruktur yang baik seperti perbandaran baharu, rangkaian kereta api, dan lebuh raya akan meningkatkan nilai aset Bumiputera; mempromosikan pemilikan harta tanah kediaman, komersial, dan perindustrian; serta menangani masalah pemilikan perumahan.

RM1bilion

Pembiayaan


Mengewangkan (Monetising) Tanah Rizab Melayu


Inisiatif #4

Platform Pertukaran (Exchange Platform) Harta Tanah Bumiputera

Pemilik tanah bumiputera tidak dapat mengoptimumkan keuntungan ekonomi tanah mereka kerana TRM kini dinilai rendah dan kurang berkembang akibat kekangan undang-undang. Pada masa ini, terdapat kekurangan model penjana kekayaan yang dapat mengatasi halangan ini untuk meningkatkan pulangan pelaburan bagi pemilik. Model penjanaan kekayaan baharu akan membolehkan pengewangan tanah Bumiputera dengan menukarnya menjadi unit yang boleh dilaburkan yang akan dimanfaatkan di Platform Pertukaran Harta Tanah Bumiputera yang dicadangkan.

RM802juta

Pembiayaan