Industri pertanian dan komoditi membentuk tulang belakang masyarakat moden hari ini kerana ia membekalkan barangan dan keperluan asas seperti tanaman, perikanan, haiwan ternakan, serta komoditi utama dan mineral untuk kegunaan tenaga kita. TPB2030 meletakkan KEGA Pertanian dan Komoditi sebagai komponen penting kepada agenda Bumiputera negara. Ia memainkan peranan dalam memandu kejayaan TPB2030, bergerak seiring dengan matlamat ditetapkan RMKe-12 dan WKB2030.

Dalam menggariskan wawasan Malaysia, WKB2030 juga mengiktiraf kepentingan kelestarian alam sekitar bagi membawa Malaysia ke arah sektor pertanian, perladangan dan komoditi yang lebih mampan, selari dengan komitmen Malaysia kepada Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). Ia membuka jalan penting bagi memastikan sektor pertanian dan komoditi Malaysia kekal berdaya saing dan dilindungi, menyedari pertambahan populasi penduduk yang akan meningkatkan permintaan sumber dan pengeluaran sisa.


RM25.06bilion

GOS 2030

11,156

Pekerjaan Langsung

RM15.59bilion

Jumlah Pelaburan