Mengembangkan Produk Pertanian Baharu Bernilai Tambah Tinggi
Program Pembangunan #1
Membangunkan Ubat – Ubatan Botanik Dan Produk Herba Bernilai Tinggi
Untuk memanfaatkan kelebihan daya saing unik Malaysia, Kerajaan akan memberikan bantuan untuk mengembangkan perniagaan Bumiputera sebagai pengeluar dan pengeksport ubat-ubatan botanik dan ramuan herba bernilai tinggi global. TPB2030 berhasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai hab perkhidmatan ubat-ubatan botanik profesional melalui pelaksanaan program pembangunan ini.
RM402juta
GOS
RM1.1bilion
Pembiayaan
258
Pekerjaan
Program Pembangunan #2
Menubuhkan Sebuah Lembah Minyak Pati
Melalui model perkongsian awam-swasta (PPP), institusi penyelidikan dan universiti di Malaysia akan bekerjasama dengan sektor swasta untuk mengembangkan model perniagaan Lembah Minyak Pati, dengan fokus kepada penyelidikan, teknologi dan pengeluaran hilir. Sebagai contoh, kerjasama antara sektor swasta dan Jabatan Alam Sekitar, dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Sehingga kini, organisasi swasta telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan UniSZA dan menempah mesin penyulingan hidro untuk memproses daun gelam.
RM137juta
GOS
RM90juta
Pembiayaan
1,000
Pekerjaan
Program Pembangunan #3
Pemodenan Inisiatif Fiber Kenaf
Transformasi industri yang berjaya akan menghidupkan semula industri kenaf dan menjadikan Malaysia sebagai pengeluar kenaf moden yang terkemuka, dengan sumbangan RM1.01 bilion dalam GOS pada tahun 2030. Program ini juga akan mewujudkan lebih daripada 2,254 pekerjaan langsung menjelang tahun 2030, serta peluang untuk petani Bumiputera menjadi lebih kompetitif untuk memiliki syer pasaran yang lebih besar dalam sektor ini.
RM1.01bilion
GOS
RM82juta
Pembiayaan
2,254
Pekerjaan
Menawan Pasaran Premium
Program Pembangunan #4
Menubuhkan Sebuah Pusat Florikultur dan Hortikultur
Dengan memanfaatkan pertumbuhan industri ini, Kerajaan akan menubuhkan Pusat Pengeluaran Komersial Florikultur dan Hortikultur (CCPFH) sebagai program pembangunan di bawah TPB2030. Pusat ini akan menyediakan produk dan perkhidmatan seperti bunga segar dan dedaunan, tanaman pot bunga dan dedaunan, tanaman batas, taman rumah, dan sektor industri landskap.
RM28juta
GOS
RM100juta
Pembiayaan
71
Pekerjaan
Program Pembangunan #5
Membina Taman Akuakultur
Program Pembangunan 5.1
AquacultureValley @ Centre of Excellence (CoE)
Taman akuakultur ini akan berfungsi sebagai pusat kecemerlangan untuk melatih usahawan akuakultur laut dan penternak ikan. Lokasi yang telah dikenal pasti dan dicadangkan oleh sektor swasta termasuk Jerantut, Rompin, Beserah, Langkawi, Laguna, Besut dan kawasan berpotensi di Malaysia Timur seperti Semporna, Tanjung Manis dan Telaga Air.
RM40juta
GOS
RM211.7juta
Pembiayaan
165
Pekerjaan
Program Pembangunan 5.2
Marine Aquaculture Valley Centre of Excellence (CoE)
Aquaculture Valley @ Centre of Excellence dan Marine Aquaculture Valley Centre of Excellence di bawah program pembangunan ini akan melaksanakan amalan reka bentuk yang baik dan dilengkapi dengan sistem milikan Institut Penyelidikan Perikanan (IPP), Sistem Akuakultur yang Mengitar Semula (Recycle Aquaculture System – RAS) dan teknologi IoT untuk menghasilkan keberhasilan yang berkualiti tinggi dan meningkatkan produktiviti ikan bersaiz kecil, serta anak ikan (fingerlings).
RM10juta
GOS
RM49.58juta
Pembiayaan
50
Pekerjaan
Program Pembangunan 5.3
Penternakan Udang Galah Berskala Besar
Taman Akuakultur di Rompin akan memberi fokus kepada penghasilan udang galah (Macrobachium rosenbergii) serta ternakan air tawar yang bernilai tinggi di pasaran tempatan dan global. Terletak di tanah seluas 500 hektar di Zon Industri Akuakultur (ZIA), program pembangunan ini dijangka menghasilkan sehingga 2,400 tan udang galah dengan anggaran pendapatan RM60 juta setahun, sekali gus menjadikan syarikat Bumiputera sebagai pengeluar terbesar udang galah di negara ini.
RM30juta
GOS
RM48.79juta
Pembiayaan
56
Pekerjaan
Program Pembangunan #6
Membina Kilang Tanaman Skala Besar untuk Tanaman Bernilai Tinggi
Untuk memaksimumkan kesan pertanian terhadap pertumbuhan ekonomi negara, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan memimpin program pembangunan ini untuk membangunkan rantaian bekalan kilang yang lengkap untuk tanaman bernilai tinggi. Kilang ini akan dapat melaksanakan R&D, pengeluaran, pembangunan produk, serta pemasaran kepada pengguna untuk tanaman bernilai tinggi yang telah dikenal pasti.
RM2.80juta
GOS
RM79.53juta
Pembiayaan
19
Pekerjaan
Program Pembangunan #7
Membangunkan Industri Benih Bunga Bermusim Malaysia
Di bawah TPB2030, industri akan dibangunkan untuk memenuhi keperluan khusus negara-negara tropika sebagai enjin pertumbuhan ekonomi dan sumber pendapatan baharu bagi negara ini. Dengan menggunakan model perkongsian awam-swasta (PPP), MARDI akan menerajui penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan benih bunga yang sesuai untuk negara tropika dan Kerajaan akan memberikan bantuan daripada segi infrastruktur dan sumber untuk program pembangunan ini.
RM6.83bilion
GOS
RM53.49juta
Pembiayaan
50
Pekerjaan
Program Pembangunan #8
Memperhebat Perikanan dan Akuakultur Bumiputera
Untuk mengubah gangguan pasaran menjadi peluang, program pembangunan ini akan menjalankan 3 program untuk meningkatkan sumber pendapatan nelayan Bumiputera bagi memenuhi permintaan perikanan. Program-program tersebut adalah: Program A: Meningkatkan Kapasiti Nelayan Akuakultur, Program B: Membangun Pusat Pengumpulan & Pengedaran (CCDC) dan Program C: Pembangunan Pasar Nelayan.
RM99juta
GOS
RM746.50juta
Pembiayaan
1,820
Pekerjaan
Melindungi Jaminan Makanan Malaysia
Program Pembangunan #9
Menubuhkan Pusat Kecemerlangan Ternakan Lembu Kebangsaan
Untuk mengatasi masalah ini, Kerajaan akan membentuk perkongsian awam-swasta (PPP) untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Ternakan Nasional yang akan membolehkan Malaysia meningkatkan pengeluaran bekalan daging ternakan dalam negeri untuk memenuhi permintaan negara. Program pembangunan ini melibatkan peningkatan stok bahan makanan ternakan, perdagangan ternakan, pembangunan fidlot, kawasan pembiakan dan rumah penyembelihan serta penubuhan stesen ternakan untuk pemeriksaan dan kuarantin berpusat dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
RM370juta
GOS
RM250juta
Pembiayaan
1,506
Pekerjaan
Program Pembangunan #10
Menubuhkan Pusat Kecemerlangan Akuaponik Kebangsaan
Pusat Kecemerlangan Akuaponik Kebangsaan (CoE) akan mengawal selia pembangunan dan transformasi pusat akuakultur yang tidak aktif kepada ladang moden yang dilengkapi dengan penyelesaian pertanian pintar dan pertanian bandar. Program pembangunan ini menyasarkan pembangunan platform kepada usahawan tani untuk meneroka pertanian akuaponik menerusi Pusat Kecemerlangan Akuaponik Kebangsaan dengan bantuan menerusi geran Kerajaan atau kemudahan bank, program latihan serta jaminan jualan dan pendapatan menerusi badan pelaburan CoE.
RM460juta
GOS
RM250.50juta
Pembiayaan
329
Pekerjaan
Program Pembangunan #11
Membangunkan Syarikat Biji Benih Bumiputera
Kerajaan akan memberikan laluan pantas dan sokongan kepada pembangunan syarikat biji benih Bumiputera untuk bekerjasama dengan syarikat biji benih bioteknologi mampan dengan saluran pengedaran sedia ada. Sokongan daripada Kerajaan dalam bentuk kelulusan yang dipercepat, pinjaman mudah dan sokongan teknikal akan diberikan. Program pembangunan ini akan meningkatkan rantaian nilai jaminan makanan daripada peringkat R&D, pengeluaran, pemprosesan sehingga ke pemasaran.
RM280juta
GOS
RM210.03juta
Pembiayaan
102
Pekerjaan
Memperkukuh Dan Menyepadukan Rantaian Nilai Pertanian
Program Pembangunan #12
Membangunkan Rantaian Nilai Sistem Platform Pertanian
Program Pembangunan 12.1
Sistem Platform Pertanian (APS)
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), bekerjasama dengan pengusaha teknologi tempatan, akan mengembangkan Sistem Platform Pertanian (APS). Sistem ini membolehkan penanam dan pihak berkepentingan mengintegrasikan aktiviti huluan seperti perancangan projek tanaman, pertanian produksi, dengan operasi hiliran seperti penjualan perniagaan dengan perniagaan (B2B) serta perniagaan dengan pengguna (B2C), pemasaran dan juga sokongan kewangan dan tenaga kerja.
RM880juta
GOS
RM331.21juta
Pembiayaan
225
Pekerjaan
Program Pembangunan 12.2
Perancang Tanaman Digital
Sejajar dengan keperluan untuk memupuk kemajuan teknologi, program pembangunan ini juga akan mengembangkan Perancang Tanaman Digital iaitu sebuah penyelesaian digital menggunakan data raya bagi meramalkan penawaran dan permintaan untuk sektor pertanian untuk membantu menguruskan pengeluaran, agregasi dan juga keperluan pemasaran.
RM90juta
GOS
RM137.83juta
Pembiayaan
236
Pekerjaan
Program Pembangunan #13
Menubuhkan Pusat Rujukan Kecemerlangan Produk Hutan
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan mewujudkan kemudahan dan perkhidmatan OEM berskala besar yang canggih dan berakreditasi kepada pengusaha Bumiputera bagi menghasilkan produk hijau seperti kosmetik, minuman kesihatan dan aplikasi mesra alam yang lain. Pusat Rujukan Kecemerlangan Produk Hutan akan menawarkan perkhidmatan kepada sebilangan besar PKS Bumiputera, menyediakan keupayaan pengeluaran besar-besaran, pensijilan hijau, dan sokongan pengkomersialan.
RM1.17bilion
GOS
RM31.15juta
Pembiayaan
74
Pekerjaan
Memanfaatkan Komoditi Bernilai Tinggi
Program Pembangunan #14
Menubuhkan Syarikat Unsur Nadir Bumi (REE) Bumiputera
Menyedari potensi industri yang belum dimanfaatkan ini, pembentukan Syarikat Unsur Nadir Bumi (REE) Bumiputera akan dapat membuka peluang besar bagi segmen Bumiputera kerana Malaysia akan menjadi hab penting bagi industri mineral di bawah Pelan Transformasi Industri Mineral 2021-2030 (TIM 2021-2030) dan RMKe-12. Program pembangunan ini bermatlamat untuk menubuhkan Syarikat Unsur Nadir Bumi (REE) Bumiputera untuk pelaksanaan Carve-Out and Compete dan menawan sekurang-kurangnya 50% daripada semua pelaburan dan hak untuk melombong REE.
RM10bilion
GOS
Program Pembangunan #15
Meningkatkan Kemampanan Penanaman Lada Hitam
Program pembangunan ini beriltizam untuk meningkatkan kemampanan tanaman lada hitam menerusi program penanaman dan penyelenggaraan lada hitam, meningkatkan keluasan ladang dan meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera di dalam aktiviti hiliran produk berasaskan lada hitam.
RM100juta
GOS
RM7juta
Pembiayaan
20
Pekerjaan
