Keperluan untuk mengguna pakai teknologi digital semakin mendesak hari demi hari, terutamanya dengan kemunculan pandemik COVID-19. Situasi yang tidak pernah berlaku ini menjadi petunjuk kepentingan digitalisasi untuk mengharungi krisis mencabar, serta bertindak sebagai modus utama dalam operasi kestabilan. Dengan kesalinghubungan global yang bertambah baik dan kemahiran digital yang diguna pakai merentas komuniti, banyak negara mampu berinovasi merentasi halangan yang terhasil akibat COVID-19.

Sebagai sebuah negara membangun, sektor ekonomi digital Malaysia berkembang dengan baik. Menurut hala tuju digariskan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), Malaysia dijangka menjadi ekonomi bernilai tambah tinggi dan mengeksport lebih banyak teknologi yang dibina di dalam negara dan penyelesaian digital menjelang hujung dekad ini. Tumpuan yang diberikan ke atas KEGA ini menggambarkan potensi menggunung sektor ini dan keupayaannya untuk memacu penyampaian aspirasi Kerajaan yang digariskan dalam WKB2030 dan RMKe-12.

Menerusi semua program pembangunan ini, pemain Bumiputera akan mampu meluaskan tawaran perkhidmatan digital mereka, menerokai ruang digital baharu, terlibat dalam projek diterajui Kerajaan dan menyokong penyampaian perkhidmatan awam. Asasnya, KEGA ini merungkai sepenuhnya kemampuan pengusaha Bumiputera selaku pesaing global dalam ruang digital, dan menyokong pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.


RM65.17bilion

GOS 2030

214,143

Pekerjaan Langsung

RM12.83bilion

Jumlah Pelaburan