Membangunkan Juara Digital Bumiputera
Program Pembangunan #1
Platform Saluran Media untuk Membantu Penerbit Tempatan Memasarkan Kandungan Kreatif
Kerajaan, melalui agensi penyiaran rasmi, Radio Televisyen Malaysia (RTM), dengan kerjasama sektor swasta, akan membangunkan pusat digital atau hab media digital bagi menyediakan penciptaan kandungan, pengumpulan dan pengedaran, sama seperti Netflix. Tujuan inisiatif ini adalah untuk mencipta kandungan industri kreatif tempatan, perkhidmatan, pengedaran, dan sektor penyiaran akan digalakkan, lantas mentransformasi Malaysia menjadi hab serantau bagi pengedaran media digital.
RM21juta
GOS
RM261juta
Pembiayaan
450
Pekerjaan
Program Pembangunan #2
Platform Perkhidmatan Digital untuk Perkhidmatan Awam
Satu penyelesaian yang akan diteroka melalui TPB2030 adalah mewujudkan platform digital yang akan mengurangkan beban berlebihan dan mengurangkan masa menunggu yang panjang. Dengan platform digital ini, pesakit dijangka akan mendapatkan masa menunggu untuk diagnostik dengan lebih cepat, mendapatkan rawatan dengan lebih pantas, dan memperoleh pengalaman perkhidmatan keseluruhan yang lebih baik.
RM29juta
GOS
RM70juta
Pembiayaan
50
Pekerjaan
Program Pembangunan #3
Platform Digital untuk Mengoptimumkan Program Peruntukan Kerajaan
Satu lagi bahagian yang boleh memanfaatkan kemajuan digital dalam sektor awam adalah dalam bahagian pengagihan bantuan. Kerajaan akan mengguna pakai platform digital sedia ada untuk membantu program pengeluaran bantuan bagi mengelakkan pemalsuan dan pembaziran dalam pengagihan sumber. Ketika ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan RM1.6 bilion bantuan kewangan setiap tahun kepada kira-kira 500,000 penerima setiap bulan. Kebanyakan penerima ini memohon dan melakukan pengisytiharan kendiri dengan penilaian dan kelulusan daripada JKM.
RM90juta
GOS
RM138juta
Pembiayaan
150
Pekerjaan

Menggalakkan Bumiputera Melangkaui Sempadan
Program Pembangunan #4
Program Bandar Pintar
Kerajaan telah memulakan Program Bandar Pintar dan melancarkan Rangka Kerja Bandar Pintar Nasional (RKBPN) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada September 2019. Bagi melaksanakan program ini, Kerajaan akan mengambil peluang untuk bekerjasama dengan syarikat Bumiputera yang mempunyai kebolehan menawarkan penyelesaian teknologi canggih dan platform digital dalam pembangunan bandar pintar.
RM310juta
GOS
RM519juta
Pembiayaan
1,800
Pekerjaan
Program Pembangunan #5
Menjadi Hab Serantau untuk e-Sukan dan Kandungan Permainan Video (GVC)
Trend dalam e-Sukan dan GVC menunjukkan wujudnya peluang keemasan bagi penyertaan usahawan Bumiputera dalam bidang yang memiliki potensi pertumbuhan yang besar. Oleh itu, di bawah Pelan Strategik bagi Pembangunan e-Sukan 2020-2025, TPB2030 akan memberi sokongan kepada syarikat Bumiputera untuk mencipta platform pelayaran permainan video untuk mempromosikan pertandingan e-Sukan dan pelayaran secara langsung e-Sukan yang akan membuka jalan kepada Malaysia untuk menjadi hab e-Sukan dalam talian serantau.
RM30juta
GOS
RM460juta
Pembiayaan
346
Pekerjaan
Program Pembangunan #6
Platform Pendidikan Abad Ke-21
TPB2030 merancang untuk mewujudkan Platform Pendidikan Abad Ke-21 untuk membekalkan kurikulum sekolah sedia ada dengan kandungan yang menarik dan interaktif untuk mendidik generasi baharu yang memiliki kemahiran digital dan analitis yang tinggi. KPM akan bekerjasama dengan penyedia teknologi Bumiputera tempatan dan syarikat gergasi teknologi antarabangsa seperti Google, Microsoft, dan Apple untuk menyokong platform pembelajaran digital sedia ada, DELIMa.
RM110juta
GOS
RM592juta
Pembiayaan
583
Pekerjaan

Mempercepat Pengukuhan Asas Digital
Program Pembangunan #7
Merapatkan Jurang Hubungan Internet dan Isi Kandungan
Bagi membolehkan Malaysia mengikut jejak ekonomi gig global yang inklusif selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), TPB2030 akan memberi fokus untuk menghubungkan jurang teknologi negara dengan menangani isu merentas sempadan ekonomi. Ini termasuk mempromosikan kandungan mesra keluarga, meningkatkan perkhidmatan e-Kerajaan dan e-Dagang, memudahkan pekerjaan ekonomi gig langsung, dan menggalakkan penyertaan ekonomi merentasi ekosistem digital.
RM12.94bilion
GOS
RM1.57bilion
Pembiayaan
20,625
Pekerjaan
Program Pembangunan #8
Program Digital PKS Bumiputera
TPB2030 akan membantu perusahaan Bumiputera dalam mengguna pakai teknologi digital dengan meningkatkan kesedaran mengenai program sedia ada, serta geran dan bantuan yang ditawarkan di bawah pelbagai industri dan Agensi pembangunan seperti MDEC, MYNIC, MaGIC, dan SME Corp. Memanfaatkan peluang terima pakai dalam perniagaan digital dan program bantuan akan meningkatkan peluang bagi penyertaan Bumiputera dan penambahbaikan dalam keupayaan keusahawanan.
RM6.30bilion
GOS
RM15juta
Pembiayaan
50,000
Pekerjaan
