Penggunapakaian Digital yang Rendah dalam Kalangan PKS

Sehingga tahun 2020, hanya 62% perniagaan di peringkat global yang mempunyai rangkaian internet dan 46% daripadanya memiliki rangkaian jalur lebar talian tetap berkualiti rendah. Manakala hanya 18% memiliki kehadiran laman sesawang atau aplikasi dalam talian yang lain.


Kekurangan Capaian kepada Internet Berkelajuan Tinggi, Mampu Milik dan Andal

Di peringkat global, kira-kira 80% populasi berada di dalam talian melalui rangkaian mudah alih, dengan 92 langganan aktif jalur lebar mudah alih per 100 penduduk. Di Malaysia, penggunapakaian perkhidmatan jalur lebar masih rendah dengan kira-kira sembilan (9) langganan jalur lebar per 100 penduduk di Malaysia. Akses kepada internet berkelajuan tinggi, mampu milik dan andal terus menjadi cabaran utama, terutamanya kepada Bumiputera.

Kekurangan Kemahiran Digital

Walaupun akses perniagaan kepada internet telah meningkat tiga kali ganda, teknologi digital masih belum mencapai potensi penuh dalam mengubah amalan perniagaan akibat kekurangan kemahiran dan cara berfikir analog. Pada masa yang sama, sistem pendidikan dan program latihan tenaga kerja masih belum cukup untuk menyediakan pekerja dengan kemahiran yang tepat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam ekonomi digital.