Saranan #1

Dasar Carve Out and Compete untuk Bumiputera bagi Penyelenggaraan dan Naik Taraf Aset Pertahanan Sedia Ada

Melalui pelaksanaan Dasar Carve Out & Compete, kerja-kerja menaik taraf Kenderaan Pengangkut Berperisai sedia ada boleh ditawarkan kepada pengusaha Bumiputera. Oleh itu, terdapat potensi penjimatan kos kepada belanjawan pertahanan sebanyak RM1,545 juta. Dasar Carve Out & Compete ini akan mewujudkan potensi untuk menggabungkan pembangunan Bumiputera dalam industri dengan menghapuskan cabaran yang menyekat perniagaan, dan pada masa yang sama memberi peluang kepada pengusaha Bumiputera mengambil bahagian dan menyumbang kepada ekonomi negara.


Saranan #2

Penyediaan Sokongan kepada Bumiputera untuk Peluasan Pasaran Eksport Kenderaan Berperisai

Seiring dengan permintaan untuk kenderaan berperisai di Timur Tengah dan di Asia Tenggara, terdapat juga peluang bagi pemain Bumiputera untuk memperluas dan memanfaatkan pasaran eksport baharu, dan pada masa yang sama membawa negara ke tahap yang lebih tinggi. Saranan ini berpotensi untuk memberi pulangan dan memerlukan sokongan dan kerjasama daripada Kerajaan dalam membina kemampuan pemain. Bumiputera untuk memenuhi permintaan asing. Kerajaan juga diminta untuk memberikan bantuan yang diperlukan seperti sokongan Kerajaan dengan Kerajaan (G2G), dan juga memudah cara keseluruhan proses.


Saranan #3

Peningkatan Penglibatan Bumiputera dalam Pembekalan Latihan Simulasi untuk Sektor Pertahanan

Pembekalan latihan simulasi untuk sektor pertahanan memberi peluang yang berharga untuk pengusaha Bumiputera untuk meningkatkan penyertaan dalam sektor ini, dan pada masa yang sama memenuhi permintaan dan trend perkembangan dalam teknologi terkini. Ini seterusnya akan membantu meningkatkan pembangunan sosioekonomi Bumiputera.