Infrastruktur Pengangkutan

Walaupun terdapat banyak manfaat pengangkutan kereta api untuk mengangkut kuantiti besar muatan jarak jauh, laluan hubungan dan penggunaan perkhidmatan muatan kereta api di seluruh Malaysia masih terhad. Kekurangan penggunaan muatan kereta api sedia ada juga disebabkan kelemahan perkhidmatan dan kurang ketersambungan dengan jarak akhir.

Pembebasan Karbon

Sejak tahun 1990, sektor pengangkutan menjadi sumber kedua terbesar pembebasan gas rumah hijau (GHG) seluruh dunia, pertumbuhan sebanyak 71% disebabkan pertambahan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Sektor pengangkutan di Malaysia menggunakan jumlah tenaga tertinggi sekitar 43.3% atau 22,357 ktoe pada tahun 2013, peningkatan sebanyak 37% atau 17,728 ktoe daripada tahun 1993.


Kapal Asing mendominasi Industri Maritim Malaysia

Peraturan baharu oleh Organisasi Maritim Antarabangsa (IMO) dikenali sebagai IMO2020 menetapkan had baharu kandungan sulfur dalam bahan bakar kapal bermula 1 Januari 2020. Peraturan itu mengehadkan sulfur dalam bahan bakar digunakan di atas kapal beroperasi di luar kawasan kawalan pembebasan yang ditetapkan kepada 0.50% m/m (mass by mass) – penurunan besar berbanding had sebelumnya iaitu 3.5%.

Ini bermakna kapal lama perlu diperbaiki atau ditambah baik bagi memenuhi syarat baharu ini. Selain itu, peraturan IMO telah menetapkan agar minyak kelapa sawit diangkut dalam tangki kimia bagi memudahkan operasi, daya saing, kecekapan dan keselamatan. Kesannya, walaupun Malaysia adalah pengeluar kedua terbesar minyak kelapa sawit, hanya 2% eksport sawit negara diangkut menggunakan kapal Malaysia.


Ketidaktentuan Harga Minyak & Pandemik COVID-19

Kejatuhan harga minyak mentah daripada harga setinggi ASD100-ASD120 per tong pada tahun 2010 – 2014 kepada bawah ASD80 per tong menjejaskan banyak syarikat minyak & gas termasuk pengendali kapal dan tangki. Sejak itu, harga minyak mentah berada di bawah ASD60 di sepanjang tahun 2015 – 2020, dan hanya merekodkan peningkatan sederhana kepada ASD70 baru-baru ini.

Gelombang besar dicetuskan penularan pandemik COVID-19, bersama-sama dengan harga minyak mentah baharu yang rendah, telah mengganggu-gugat perniagaan maritim dan rantaian bekalan; memburukkan lagi persekitaran perniagaan dalam industri yang sedia mencabar serta menjejaskan pembangunan jangka panjang ekonomi dan kebajikan sosial.