Tahap Produktiviti Rendah

Status Malaysia sebagai destinasi pelaburan kini dicabar oleh ekonomi serantau berikutan tawaran kos pasaran buruh yang jauh lebih rendah bagi sektor pembuatan. Situasi ini telah mempengaruhi kadar produktiviti dan kemampuan sektor pembuatan negara untuk berdaya saing di pasaran global.

Seperti mana yang dilaporkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC), pertumbuhan produktiviti tenaga kerja Malaysia adalah pada kadar 3.5% iaitu lebih rendah berbanding dengan ekonomi baru seperti China (7.1%), India (5.6%) dan Thailand (4.0%). Hanya empat (4) subsektor pembuatan yang melepasi tahap produktiviti RM100,000 bagi setiap pekerja; subsektor tembakau, petroleum, bahan kimia, dan kimia.