Liberalisasi Ekonomi

Kemerosotan pemilikan ekuiti korporat Bumiputera yang ketara juga disebabkan oleh peningkatan penyertaan berterusan pelabur asing dalam pasaran ekuiti Malaysia, yang turut memberi kesan kepada pemilikan ekuiti bukan Bumiputera. Matlamat pemilikan ekuiti korporat juga tidak dapat dicapai kerana liberalisasi beberapa sektor ekonomi termasuk kelonggaran syarat pemilikan ekuiti 30% Bumiputera untuk lesen pembuatan di bawah Akta Penyelarasan Industri 1975. Langkah liberalisasi ekonomi ini bertujuan untuk menarik pelabur asing dengan membuka peluang kepada mereka untuk memperoleh syarikat tempatan dan menubuhkan syarikat tanpa rakan perniagaan tempatan.