Pandemik COVID-19

Kehadiran pandemik COVID-19 yang telah mewujudkan krisis perubatan dan kemanusiaan yang besar, dan menyebabkan gangguan kepada industri pelancongan di seluruh dunia.

Bagi mengawal penularan virus ini, Kerajaan Malaysia telah menutup gerbang ekonomi dalam skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Terdapat juga penurunan sebanyak 83.4% ketibaan antarabangsa pada 2020 berbanding tahun sebelumnya. Akibat penutupan sempadan, sektor pelancongan Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM73.4 bilion pada tahun 2020, dan industri ini dijangka akan terus terjejas sehingga tahun 2024.


Kelembapan Penerimagunaan Digital

Kelembapan penerimagunaan teknologi juga menjadi cabaran kepada sektor pelancongan di Malaysia. Banyak pemain industri pelancongan tidak mengambil kesempatan peluang sepenuhnya daripada teknologi digital. Hanya 62% perusahaan mempunyai rangkaian internet. Daripada jumlah ini, hanya 46% mempunyai jalur lebar tetap (selalunya berkualiti rendah), dan hanya 18% mempunyai kepelbagaian jenis laman sesawang.

Halangan Masukan

Dasar-dasar sedia ada juga menjadi kekangan kepada pemain industri. Industri pelancongan Malaysia dikawal selia oleh Akta Industri Pelancongan 1992 dan Akta Cukai Pelancongan 2017. Ejen pelancongan perlu memohon beberapa lesen yang kadangkala bertindih dari aspek fungsi dan keperluan untuk beroperasi.