Pendigitalan Pelancongan Di Malaysia
Program Pembangunan #1
Membangunkan Platform Dalam Talian
Program Pembangunan 1.1
Platform 1 – Bagi Pelancongan dan Aktiviti Kembara
Platform ini adalah platform perjalanan digital bersepadu sepenuhnya yang turut berfungsi sebagai ruang pasar (marketplace). Platform berteraskan pelancong ini menyediakan penyelesaian menyeluruh dan merangkumi sebuah panduan perjalanan komprehensif; direktori pembekal pelancongan tempatan; platform e-Dagang untuk tempahan dan transaksi dalam talian; serta mempunyai komponen analitik data raya untuk analisa perniagaan dan proses membuat keputusan. Kesemua perkhidmatan ini akan berada dalam satu platform tunggal dan bersepadu yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (machine learning). Ia juga menyediakan peluang kepada pengguna untuk membeli produk tempatan, terutamanya dari industri kraftangan tradisional.
RM49juta
GOS
RM31.57juta
Pembiayaan
66
Pekerjaan
Program Pembangunan 1.2
Platform 2 - Platform Bersepadu Sepenuhnya bagi Pengalaman Pelancongan yang Lancar
Platform kedua yang disasarkan melalui projek ini adalah pembangunan platform tempatan yang setaraf dengan Expedia, yang akan membolehkan pengunjung mempunyai pengalaman dalam talian menyeluruh di mana mereka boleh meninjau, menempah, dan membayar produk serta perkhidmatan. Platform ini akan menjadi platform perjalanan dalam talian bersepadu tempatan yang disasarkan untuk pasaran Malaysia sahaja. Ia disediakan untuk pemain utama industri atau rakan kongsi strategik contohnya syarikat penerbangan dan perhotelan utama namun akan dikembangkan lagi untuk merangkumi aktiviti lain seperti pemasaran tiket kunjungan, selain daripada penempahan tiket penerbangan dan hotel.
RM51juta
GOS
RM10juta
Pembiayaan
28
Pekerjaan

Pengukuhan Produk Pelancongan Tempatan
Program Pembangunan #2
Membangunkan Taman Tema Kandungan Tempatan
Projek ini bermatlamat untuk membina sebuah Taman Tema kandungan tempatan serba canggih yang menampilkan animasi tempatan yang terkenal dan berpengaruh di Malaysia dan serata Asia Tenggara. Taman Tema ini akan menjadi Taman Tema interaktif pintas di mana peminat akan diberikan pelung untuk berinteraksi bersama watak-watak dari siri popular dan menikmati satu pengalaman dan pengembaraan yang mengasyikkan.
RM190juta
GOS
RM400juta
Pembiayaan
735
Pekerjaan
Memanfaatkan Kelebihan Daya Saing Malaysia Di Peringkat Global
Program Pembangunan #3
Memperkenal Pelayaran Mesra Muslim
Pelayaran Mesra Muslim disediakan khususnya untuk pasaran Muslim dan akan dipromosikan secara besar-besaran kepada penduduk Islam yang besar di Asia Tenggara. Sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan Malaysia sebagai negara destinasi pelayaran mesra Muslim, projek ini akan merangkumi program-program Islamik serta pelbagai aktiviti riadah yang menarik dan berorientasikan kekeluargaan. Ia turut disertakan dengan dapur yang akan menghidangkan pilihan hidangan Halal.
RM643juta
GOS
RM3.61bilion
Pembiayaan
454
Pekerjaan
Program Pembangunan #4
Menjadikan Malaysia Hab Transit Umrah
Malaysia, sebagai negara yang telah diberikan kemudahan e-VISA dan terpilih di dalam Perkhidmatan Jalan Mekah oleh Kerajaan Arab Saudi, berada dalam posisi unik untuk menjadi sebuah Hab Transit Umrah, dan akan memudah tatacara pra-pelepasan untuk jemaah Umrah. Dengan akses kepada 1 bilion jemaah Umrah di rantau Asia-Pasifik, Malaysia berpotensi untuk menarik 2.5 juta jemaah Umrah tambahan dari rantau ini menjelang 2030. Projek ini turut menyediakan peluang kepada Malaysia untuk membekalkan keseluruhan spektrum produk dan perkhidmatan Halal kepada pasaran Umrah, dan agensi pelancongan tempatan akan dapat menawarkan pakej menyeluruh untuk perjalanan Umrah.
RM25.98bilion
GOS
279
Pekerjaan
Program Pembangunan #5
Transformasi Langkawi Sebagai Pulau Bebas COVID-19
RM6.47bilion
GOS
Dengan menjadikan Langkawi sebagai lokasi keutamaan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, projek ini bermatlamat untuk mentransformasi Langkawi sebagai sebuah pulau bebas COVID-19. Ini akan membolehkan Langkawi untuk dimasukkan ke dalam gelembung perjalanan yang dikenal pasti oleh Kerajaan. Di bawah projek ini, pelancong tempatan dan antarabangsa yang bebas COVID-19 akan dibenarkan bercuti di pulau ini dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Meningkatkan Penyertaan Bumiputera Dalam Sektor Pelancongan
Program Pembangunan #6
Penganugerahan Konsesi Perkhidmatan Dalam Kluster Ekopelancongan dan Taman Negara
Projek ini bermatlamat untuk menswastakan perkhidmatan sokongan di tapak ekopelancongan dan taman negara dan melaksanakan dasar Carve-Out and Compete yang akan memperuntukkan sekurang-kurangnya 60% nilai projek konsesi kepada pemain Bumiputera. Dengan penswastaan perkhidmatan sokongan di taman-taman negara atau kawasan perlindungan, perkhidmatan (tempat tinggal, kemudahan, dan kesalinghubungan) di dalam kluster ekopelancongan akan dapat ditambah baik kepada perkhidmatan berkualiti. Penambahbaikan sebegini akan turut berupaya untuk menampung pertambahan pelancong.
RM470juta
GOS
RM550juta
Pembiayaan
2,104
Pekerjaan
Program Pembangunan #7
Program Carve Out and Compete daripada Persidangan Perniagaan dan Acara Utama
Persidangan perniagaan (business conference) dan acara utama semakin diiktiraf sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi. Program ini bermatlamat untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya 50% daripada kesemua nilai projek perniagaan dan acara utama yang menerima geran Kerajaan kepada perusahaan Bumiputera. Acara-acara utama ini akan turut melibatkan dua fasa Tahun Melawat Malaysia pasca-pandemik. Pelaksanaan projek ini akan diperluaskan dan menjadi pemangkin untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam segmen pelancongan sekali gus membangunkan sektor ini.
RM2.42bilion
GOS
RM5.38bilion
Pembiayaan
3,901
Pekerjaan