Dasar dan Tadbir Urus Yang Kurang Dilaksanakan

Pengambilalihan aeroangkasa utama tidak digunakan sepenuhnya untuk mempengaruhi dan membentuk landskap industri, terutama dalam bidang perolehan baharu dan perolehan sokongan dalam perkhidmatan.

Rangka Kerja Institusi dan Pengawalseliaan yang lemah

Institusi yang memiliki pengaruh langsung terhadap pembangunan industri harus melaksanakan peranan mereka dengan sewajarnya sehingga mereka benar-benar menjadi ‘pendorong kuat’ kepada industri aeroangkasa.


Keupayaan Penyelidikan & Teknologi yang Terhad

Aktiviti aeroangkasa semasa di Malaysia tidak cukup canggih dan kompleks, mendorong Malaysia untuk bergantung kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) asing.

Kerangka Pembangunan Bakat yang Terhad

Untuk memastikan bahawa industri aeroangkasa berkembang sebagai industri berteknologi tinggi yang penting di Malaysia, pelbagai latihan yang sesuai dan holistik diperlukan dan diterapkan di dalam semua bidang.


Pelaburan dan Pembiayaan Yang Belum Diterokai

Penambahbaikan lanjut adalah diperlukan dalam usaha negara untuk mengukuhkan rantaian bekalan industri tempatan. Untuk mengisi jurang dalam rantaian bekalan pembuatan aerostruktur, galakan pelaburan strategik daripada pembekal bahan mentah dan syarikat Bekalan Am Pesawat (AGC) adalah penting, dan pada masa yang sama, akan membantu lebih banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memasuki rantaian bekalan.