Saranan #1

Memperluas Penyertaan Bumiputera dalam Produk dan Perkhidmatan yang Menjana Nilai Lebih Tinggi

Kerajaan boleh memainkan peranan penting dengan menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam produk dan perkhidmatan yang menjana nilai lebih tinggi seperti berikut:


Saranan #2

Kerjasama Industri dengan Institusi Akademik untuk Pelajar Bumiputera

Graduan Bumiputera menghadapi isu dari segi jurang pengetahuan dan kemahiran menghadapi halangan jurang pengetahuan dan kemahiran ketika memasuki industri. Akibatnya, mereka memerlukan latihan lebih lanjut oleh majikan sebelum dapat memberi sumbangan kepada industri. Usaha Kerajaan diperlukan di sini untuk memberi penekanan dalam memudah cara perkongsian antara pemain industri ruang angkasa dan aeroangkasa dan institusi akademik untuk kursus berkaitan aeroangkasa. Kerjasama seperti ini sangat penting untuk memastikan
graduan lebih bersedia dan dapat mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk bekerja di sektor ini serta mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan sehingga tamat pengajian.


Saranan #3

Penyediaan Latihan Pengurusan kepada Eksekutif Bumiputera bagi Mengendalikan Pelanggan Antarabangsa

Peningkatan kepakaran pengurusan atasan mengenai kepemimpinan dan pendekatan lain seperti kemahiran pengurusan bertemakan masyarakat (people-centered) akan mampu menembusi pasaran melalui penglibatan yang lebih besar dengan organisasi asing.