Membangunkan Juara Logistik Bumiputera Dan Menjadikan Malaysia Hab Logistik Serantau
Program Pembangunan #1
Juara Logistik Bumiputera Nasional
Program Pembangunan 1.1
Juara Logistik Bumiputera Nasional
TERAJU akan menjadi pemudah cara untuk syarikat Bumiputera mendapatkan konsesi dan pembiayaan serta memastikan integrasi di sepanjang rantaian nilai terutamanya dalam segmen CEP dan LMD. TERAJU juga akan memudahkan penyatuan dan pengambilalihan (M&A) untuk menggalakkan integrasi di sepanjang rantaian nilai bermula dari Penghantar sehingga kepada LMD.
RM3.99bilion
GOS
RM13.55bilion
Pembiayaan
3,268
Pekerjaan
Program Pembangunan 1.2
Juara Logistik Bumiputera Serantau
TERAJU akan membantu syarikat Bumiputera untuk memperolehi pembiayaan bagi perkembangan aset dalam pasaran baharu seperti pinjaman mudah, kemudahan kredit, geran pembangunan dari bank dan Agensi Kerajaan, serta menggalakkan usaha sama antara pemain logistik dan penyedia e-dagang.
RM9.36bilion
GOS
RM14.97bilion
Pembiayaan
180
Pekerjaan
Program Pembangunan 1.3
Malaysia sebagai Hab Logistik Serantau
TERAJU akan memudah cara kemasukan perusahaan Bumiputera ke dalam Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) dan menggalakkan penggunapakaian Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan teknologi digital dalam perniagaan mereka. Selain itu, Kerajaan akan memberi tumpuan kepada liberalisasi operasi landasan kereta api nasional terpilih bagi membolehkan syarikat Bumiputera untuk menggalakkan peralihan modal daripada jalan raya ke landasan kereta api.
RM1bilion
GOS
RM2bilion
Pembiayaan
Program Pembangunan #2
Hab Logistik Utara – Pelabuhan Darat Perlis (PIP)
Perdagangan rentas sempadan antara Thailand dan Malaysia adalah penyumbang utama ekonomi dan akan meletakkan penekanan kepada pelaksanaan hab oleh perusahaan Bumiputera. Program pembangunan ini akan melaksanakan Hab Logistik Utara – Pelabuhan Darat Perlis, yang akan dikendalikan oleh perusahaan Bumiputera.
Program pembangunan ini dijangka akan melengkapkan rangkaian logistik kebangsaan; pengoptimuman infrastruktur dan perkhidmatan rel; dan mentransformasi Perlis sebagai hab logistik.
RM550juta
GOS
RM449.50juta
Pembiayaan
1,500
Pekerjaan
Meningkatkan Ruangan Baharu Dalam Mobiliti Lestari
Program Pembangunan #3
Penggunaan Teknologi Hidrogen
Program ini selaras dengan Dasar Inovasi, Teknologi dan Sains Nasional serta Dasar 4IR akan datang, Dasar Nanoteknologi Nasional dan Hala Tuju Teknologi & Ekonomi Hidrogen. Bagi memulakan projek ini, Kerajaan akan menggunakan Reaktor Atas Kenderaan Hidrogen NanoMalaysia (OBHGR) yang merupakan peralatan penjanaan tenaga on-site yang boleh digunakan secara meluas di pelbagai tempat seperti tanah, perairan dan udara. Teknologi ini akhirnya akan dilesenkan kepada pengilang.
RM14juta
GOS
RM30.32juta
Pembiayaan
38
Pekerjaan
Program Pembangunan #4
Pusat Bateri Malaysia
Malaysia merancang untuk mengeluarkan bateri ion litium dengan teknologi grafen dengan menggunakan sumber minyak kelapa sawit untuk kenderaan elektrik dan barangan elektronik pengguna. Penggunaan grafen akan meningkatkan prestasi dan jangka hayat bateri.
RM263juta
GOS
RM116juta
Pembiayaan
156
Pekerjaan
Program Pembangunan #5
Menerajui Mobiliti Hijau
Strategi 4.3 Dasar Pengangkutan Nasional (NTP) memberi penekanan khusus kepada mempercepat pelaksanaan inisiatif mobiliti rendah karbon dengan mengurangkan pembebasan karbon dan menggalakkan mobiliti hijau. Dengan penekanan berterusan daripada permintaan global dan intervensi Kerajaan, syarikat Bumiputera berpeluang untuk memacu agenda hijau negara.
RM189juta
GOS
RM19.75juta
Pembiayaan
92
Pekerjaan
Program Pembangunan #6
Penyatuan dan Pengaktifan semula Kapal Peronda Pesisir Pantai (OSV) yang tersadai
Langkah penyatuan bertujuan untuk menyatukan aset tak dipakai, memastikan kemampanan dan meningkatkan daya saing syarikat Bumiputera. Ia juga akan menjana dana untuk membaiki dan menaik taraf aset usang, meneroka potensi penggabungan & pengambilalihan syarikat termasuk melibatkan kepentingan daripada GLC dan GLIC serta meneroka potensi pengerahan aset untuk projek PETRONAS.
RM14.9juta
GOS
RM35.99juta
Pembiayaan
123
Pekerjaan
Program Pembangunan #7
Peluasan dan Pemodenan Perkapalan dan Kapal Tangki Minyak
Bagi memastikan kepatuhan sewajarnya, Kerajaan akan memberi tumpuan untuk memperluas perkhidmatan perkapalan dan tangki minyak dengan peruntukan RM3.7 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 oleh Kementerian Kewangan (MOF). Ini meliputi peruntukan untuk Jabatan Maritim dan Skim Logistik. Kerajaan juga akan menggerakkan Majlis Perkapalan Negara sebagai kunci utama usaha promosi kapal dan pelaut Malaysia serta memudah cara usaha perolehan modal dan pembiayaan bagi tujuan peluasan dan pemodenan sektor perkapalan negara. Sasaran utama kawasan pasaran adalah Terusan Suez -Lautan Pasifik yang meliputi 14 buah negara termasuk Timur Tengah, Papua New Guinea, ASEAN, Asia Selatan, China, Jepun dan pelabuhan lain yang berkaitan.
RM38.6juta
GOS
RM258.18juta
Pembiayaan
147
Pekerjaan
Program Pembangunan #8
Menggerakkan Perkhidmatan Feri Bumiputera antara pelabuhan Malaysia dan Indonesia
Bagi memastikan ruang persaingan yang adil, konsortium Syarikat Pelayaran Bumiputera akan membentuk armada feri penumpang untuk memenuhi peningkatan permintaan yang seterusnya akan mencipta lebih peluang pekerjaan bagi pekerja Malaysia dan Bumiputera. Matlamatnya adalah untuk membentuk usaha sama dengan pengendali feri Indonesia. Usaha sama ini dibuat dengan hasrat memecah halangan kemasukan dikenakan pengendali feri Indonesia seterusnya memperkenalkan penggunaan kapal yang lebih moden berbanding dengan kapal yang digunakan sekarang.
RM29juta
GOS
RM20.67juta
Pembiayaan
55
Pekerjaan
Program Pembangunan #9
Membangunkan Sebuah Syarikat Pengendali Kapal Korek Milik Bumiputera Yang Tersohor
Kerajaan akan mengenal pasti beberapa syarikat untuk melakukan projek pengorekan. TERAJU akan bertindak sebagai pemudah cara Kerajaan bagi membentuk konsortium terdiri daripada syarikat terpilih dengan rekod kerja baik. Ini boleh dilakukan menerusi penggabungan dan pengambilalihan untuk memperkemas operasi dan memastikan kemampanan perniagaan.
RM406juta
GOS
RM434.16juta
Pembiayaan
324
Pekerjaan