Meningkatkan Penglibatan Bumiputera Dalam Kerjaya Berkemahiran Tinggi


Inisiatif #1

Meningkatkan Penglibatan Bumiputera dalam Kerjaya Berkemahiran Tinggi yang Sedia Ada

Di bawah inisiatif ini, program latihan kemahiran yang ditawarkan oleh pelbagai Agensi akan dipasarkan untuk menarik penyertaan Bumiputera. Sumber pembinaan keupayaan akan difokuskan untuk mengatasi jurang kemahiran. Ia juga penting untuk memupuk dan melatih belia Bumiputera yang berbakat untuk menjadi pereka inovasi digital di masa hadapan.

RM7.5juta

Pembiayaan


Inisiatif #2

Program Pembangunan Kontraktor Pelabuhan

Usaha pembangunan kapasiti akan dimulakan terlebih dahulu dengan menubuhkan badan latihan untuk menempatkan Program Pembangunan Kontraktor Bumiputera yang akan memberi fokus kepada Penyelenggaraan Pelabuhan. Jurutera pelabuhan sambilan akan terlibat dalam inisiatif ini dengan memanfaatkan kepakaran mereka sebagai pengamal industri untuk program pembangunan sebagai pelatih.

Inisiatif ini akan dijalankan dengan potensi untuk bekerjasama dengan sekurang-kurangnya tujuh (7) pelabuhan persekutuan di seluruh negara. Melalui usaha berterusan pelbagai pihak, pangkalan data kontraktor dan jurutera Bumiputera juga akan dibina untuk memberi panduan untuk membuat keputusan semasa program berjalan.

RM8.32juta

Pembiayaan


Inisiatif #3

Pelayar Bumiputera Menjelajah Dunia

Usaha sama untuk meningkatkan pendapatan Bumiputera menjelang 2030 oleh TERAJU dan institusi berkaitan boleh dicapai dengan memastikan pelayar Bumiputera dilengkapi dengan kemahiran untuk berkhidmat di peringkat antarabangsa. Pada masa ini, gaji tahunan purata pelayar pada peringkat permulaan di Malaysia adalah RM42,578 tetapi dianggarkan meningkat 21% kepada RM68,746 dalam lima (5) tahun akan datang. Unjuran kenaikan gaji ini, tidak hanya menunjukkan Potensi inisiatif ini, bahkan tepat dengan tempoh pelaksanaan inisiatif yang menyasarkan penempatan 500 pegawai dan jurutera kapal yang berpengalaman ke pasaran global menjelang tahun 2025.

RM7.88juta

Pembiayaan


Inisiatif #4

Memperkasa Ekosistem Kewangan Islam

Secara keseluruhan, inisiatif untuk meningkatkan dan menyusun golongan profesional Bumiputera untuk memperkasa ekosistem kewangan Islam, yang juga dipacu oleh KEGA 4, akan memerlukan komitmen daripada pelbagai pakar industri. Melalui tiga (3) program pembangunan modal insan khas, kumpulan profesional Kewangan Islam yang kompeten akan dikembangkan untuk memenuhi permintaan pasaran IFSI yang semakin meningkat. Dalam memenuhi permintaan pasaran berkaitan tenaga kerja dan kompetensi, institusi kewangan Islam, persatuan Takaful, bank Islam, dan pengendali Takaful akan terlibat untuk mendapatkan kepakaran industri. Institusi ini akan bersama-sama menawarkan Program Pembangunan Ejen Profesional Takaful, Program Pembangunan Profesional, dan Program Pembangunan Usahawan.

RM9.12juta

Pembiayaan


Inisiatif #5

Memperhebat Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk Bakat Bumiputera

Objektif Program Pembangunan Profesional adalah untuk menghasilkan tenaga kerja Bumiputera yang kompeten secara teknikal dalam industri Automotif (Hibrid dan Am), Kimpalan, dan Pemesin, seterusnya meningkatkan jumlah tenaga mahir dalam industri tersebut. Program pembangunan ini juga akan mendorong pekerja mahir dengan kemahiran keusahawanan untuk membolehkan dan mempercepat PKS Bumiputera mencapai sasaran.

RM173.95juta

Pembiayaan


Meningkatkan Kualiti Dan Capaian Pendidikan


Inisiatif #6

Peluang dan Capaian Saksama untuk Sumber Manusia Bumiputera

Yayasan Peneraju dan TERAJU akan mengetuai kerjasama dengan pihak berkepentingan utama, iaitu; Yayasan Pendidikan MARA (YPM), Suruhanjaya Sekuriti (SC), KPM, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), KBS, Unit Perancang Ekonomi (EPU), KPT, dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Pelaburan dalam program bertunjang kepada empat tonggak inisiatif berikut: Celik Kewangan, Kursus Pelbagai Disiplin, Bantuan Pendidikan, dan Sekolah Asrama Swasta.

RM11juta

Pembiayaan


Inisiatif #7

Pusat Kecemerlangan Bumiputera (CoE)

Pusat Kecemerlangan Bumiputera (CoE) akan ditubuhkan sebagai pusat untuk memantau perkembangan bakat Bumiputera daripada zaman persekolahan rendah hingga pendidikan tinggi serta menyelaraskan bantuan kewangan dan latihan berdasarkan keperluan dan kelayakan. Inisiatif ini menyediakan pusat sehenti yang menerapkan pendekatan yang saksama untuk menyokong bakat Bumiputera dalam memaksimumkan potensi mereka. Pada masa ini, penaja awam dan swasta menawarkan program bantuan secara bebas dan sering disasarkan kepada pelajar pada tahap pendidikan tertentu. Oleh itu, wujud keperluan untuk satu pusat yang bersepadu bagi menyelaraskan pelbagai program bantuan kewangan yang ditawarkan kepada pelajar Bumiputera bagi memudahkan usaha mengenal pasti dan menyampaikan bantuan kepada bakal penerima.

RM104juta

Pembiayaan


Memperhebat Kebolehpasaran Modal Insan Bumiputera


Inisiatif #8

Memperkukuh Kebolehpasaran Modal Insan Bumiputera

Kursus TVET akan merangkumi sijil profesional oleh institusi antarabangsa dan pihak industri untuk membangunkan pakar dan usahawan Bumiputera dalam bidang vokasional tertentu. Ini bagi memastikan tenaga kerja Bumiputera daripada semua peringkat umur, latar belakang ekonomi, dan akademik dilengkapi dengan kebolehan serta kemahiran. Bakat Bumiputera juga akan kalis perubahan masa hadapan melalui latihan kemahiran dalam IR4.0 dan trend mega. Program peningkatan kemahiran dan pemahiran semula akan membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan setelah berakhirnya cabaran pandemik, sekali gus memastikan pembelajaran sepanjang hayat bagi pekerja untuk mengekalkan kelebihan daya saing mereka.


Inisiatif #9

Merancakkan Laluan Pendidikan dan Kerjaya untuk Pelajar Tahfiz

Dalam usaha memperluas pelbagai peluang yang ada untuk pelajar tahfiz, sukatan pelajaran yang digunakan di sekolah tahfiz akan diselaraskan dengan kurikulum kebangsaan. Ini akan memberikan akreditasi formal dan membolehkan para huffaz melanjutkan pengajian ke pendidikan tinggi atau meneroka kerjaya dalam sektor tenaga kerja formal setelah tamat pengajian. Hakikatnya, unsur penghafalan Al-Quran di sekolah-sekolah tidak formal ini menunjukkan fungsi kognitif yang tinggi dimiliki oleh para huffaz. Oleh itu, para huffaz mempunyai mempunyai peluang yang tidak terbatas untuk bersaing dalam dunia akademik. Namun begitu wujud keperluan untuk memberi kelas tambahan bagi pelajar tahfiz Tingkatan Empat dan Lima, terutamanya untuk enam (6) mata pelajaran SPM teras bagi memperoleh pengiktirafan formal.


Inisiatif #10

Mempromosi Peluang Pekerjaan yang Saksama di dalam MNC, SOE dan Sektor Swasta

Inisiatif yang berbentuk tindakan afirmatif ini bertujuan untuk mengurangkan jurang pendapatan antara Bumiputera dan etnik lain dengan meningkatkan pekerja profesional Bumiputera dalam MNC, SOE, dan sektor swasta.