Menerima Pakai Teknologi Digital Dan Sistem Bersepadu Untuk Membuat Keputusan Yang Lebih Efektif Dan Pengurusan Program


Inisiatif #1

Mewujudkan Analitik Data Raya Bumiputera (BBDA)

Pangkalan data Analitik Data Raya Bumiputera (BBDA) akan diwujudkan melalui tema menerima pakai teknologi digital dan sistem bersepadu untuk menambah baik sistem penyampaian melalui amalan pengurusan data yang lebih baik. Menyedari hakikat bahawa pengumpulan data sedia ada adalah tidak seragam dan tiada sistem pengurusan data yang bersepadu, wujud keperluan untuk melaksanakan dasar yang menetapkan perkongsian data dan kaedah pengumpulan standard merentasi Kementerian, Agensi, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Pembiayaan secara keseluruhan: Inisiatif ini secara keseluruhan memerlukan pelaburan bernilai RM58.01 juta.


Inisiatif 1.1

Mewujudkan Analitik Data Raya Bumiputera

Bagi membina satu sistem yang berintegrasi dan berupaya untuk menempatkan keseluruhan data, sebuah dasar yang menetapkan perkongsian data dan kaedah pengumpulan standard merentasi Kementerian dan Agensi akan dirangka dan dikuatkuasakan.

Inisiatif 1.2

TERAJU sebagai Penyelaras BBDA

Selain pengumpulan dan perkongsian data, dasar ini juga akan menetapkan TERAJU sebagai penyelaras BBDA. TERAJU akan bertanggungjawab untuk pemilikan, peruntukan sumber, integrasi data antara Agensi, dan pematuhan oleh semua entiti berkepentingan Bumiputera.


Inisiatif 1.3

Penubuhan Portal sebagai Pusat Sehenti Bagi Membolehkan Akses yang Lebih Baik Kepada Data Sedia Ada

Penyertaan Bumiputera yang rendah dalam bidang pekerjaan, keusahawanan, dan sektor swasta berkemahiran profesional juga dijangka akan dapat ditangani dengan wujudnya satu platform tunggal untuk mencari peluang yang bersesuaian dengan kelayakan mereka. Bumiputera akan dapat mengakses maklumat perkhidmatan dan faedah yang ditawarkan dengan mudah melalui portal sehenti interaktif ini.

Inisiatif 1.4

Pemusatan Bantuan Bumiputera bagi Perolehan Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE)

Penubuhan pusat sehenti (One Stop Centre – OSC) OGSE sebagai platform akan membuka peluang program yang ada kepada umum, terutamanya perusahaan Bumiputera. Ini juga akan berfungsi sebagai platform aplikasi yang membolehkan permohonan pukal atau tawaran tunjuk minat. OSC juga akan memberi manfaat kepada Kementerian, Agensi, dan GLC yang menawarkan inisiatif Bumiputera untuk menyelaraskan penyesuaian atau penggabungan inisiatif pelengkap. Agensi yang berkaitan juga akan menyediakan saluran perhubungan untuk berinteraksi dalam talian OSC.


Memperkenal Tadbir Urus Dipacu Prestasi Di Peringkat Institusi Bumiputera


Inisiatif #2

Penyelarasan Badan Kerajaan Serta Penghasilan Kad Skor Bagi Mencapai Keberhasilan Bumiputera Yang Lebih Besar

Pada masa kini, kebanyakan Kementerian, Agensi, dan GLC, dan GLIC mengumpul data mengikut metrik yang hanya berkaitan dengan program dan keperluan mereka. Terdapat sebahagian Kementerian dan Agensi yang mempunyai pangkalan data sementara, namun kebanyakannya masih menggunakan kaedah pengumpulan data secara manual. Walaupun terdapat banyak maklumat yang ada dan wujud dalam sistem yang berasingan, kebanyakan Kementerian dan Agensi tidak mempraktikkan perkongsian data yang akhirnya mengakibatkan perancangan atau analisis tertunda serta tidak selari. Sehingga kini, tiada petunjuk pengukuran prestasi dasar Bumiputera kerana amalan pengumpulan data yang tidak bersepadu dan data masa nyata yang terhad.

Pembiayaan secara keseluruhan: Jumlah dana yang diperlukan untuk inisiatif ini adalah sebanyak RM9 juta untuk pembangunan dan pelaksanaan rangka kerja pengurusan prestasi dan mekanisme pemantauan, kad skor, dan BPI.


Inisiatif 2.1

Membangunkan Sistem Pengurusan Prestasi

Institusi berkaitan Bumiputera, termasuk EDO dan SOE, akan menjalani penilaian untuk menyelaras fungsi, peranan, mandat, dan program dalam agenda Bumiputera. Ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan sumber di samping mengurangkan pertindihan bidang kuasa melalui Sistem Pengurusan Prestasi. Perubahan yang akan dilakukan di dalam Agensi Bumiputera ini dengan membentuk program pengurusan prestasi yang mantap. Bagi meningkatkan pengukuran prestasi yang efektif, adalah penting agar KPI asas dapat ditentukan berdasarkan keberhasilan untuk memperkenalkan mekanisme pemantauan dan akauntabiliti.

Inisiatif 2.2

Pelaksanaan Kad Skor

Kad skor sebagai alat pengukuran prestasi yang akan diperkenalkan di seluruh peringkat Kementerian, Agensi, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Pihak Berkuasa Tempatan, EDO, SOE, dan entiti Bumiputera yang berkaitan bagi memastikan komitmen mereka dalam mencapai matlamat Bumiputera yang disasarkan. Ini membolehkan KPI projek dan inisiatif Bumiputera digabungkan dengan pencapaian yang ditetapkan, seimbang dengan penilaian prestasi kualitatif oleh ketua organisasi yang disebutkan di atas. Kad skor ini juga akan memberikan skor keseluruhan untuk menilai kemajuan pelaksanaan program serta mengenal pasti sebarang keperluan tambahan dalam usaha menyempurnakan sistem penyampaian.


Inisiatif 2.3

Indeks Kemakmuran Bumiputera

Indeks Kemakmuran Bumiputera (BPI) akan dibangunkan untuk mengukur impak intervensi Kerajaan terhadap kemakmuran komuniti Bumiputera secara menyeluruh. Indeks akan ditetapkan sebagai rujukan asas untuk membentuk inisiatif yang bersasar dan berkesan.


Pengarasan Lapangan Saing Bagi Perniagaan Bumiputera Untuk Membentuk Ekosistem Yang Berdaya Saing


Inisiatif #3

Memastikan Pengagihan Saksama Kontrak Dalam Kalangan Pembekal Bumiputera

Inisiatif ini akan mengkaji dan memastikan keberkesanan serta impak keseluruhan daripada dasar perolehan Kerajaan sedia ada dalam menyumbang kepada objektif Bumiputera yang ditetapkan di bawah dasar negara yang lalu. Dalam mewujukan kesetaraan, semua pembekal perlu untuk mendaftar dengan MOF.


Inisiatif #4

Cadangan Peluasan Akta Sedia Ada

Usul untuk peluasan Akta sedia ada dibuat dengan tujuan untuk melindungi objektif dasar Bumiputera dan membantu sasaran negara dalam mencapai keseimbangan ekonomi antara kaum serta membuka jalan bagi pembangunan masyarakat Bumiputera yang adil. Ini akan melindungi semua dasar Bumiputera yang ada, termasuk tetapi tidak terhad kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Model Ekonomi Baru (NEM).

Pembiayaan secara keseluruhan: Pelaksanaan inisiatif ini akan melibatkan pelaburan sebanyak RM3.1 juta.


Inisiatif 4.1

Peluasan Akta Sedia Ada

Peluasan yang dicadangkan akan dilakukan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas dan telus bagi mencapai tujuan utamanya. Peluasan yang dicadangkan juga akan menyertakan definisi yang jelas untuk mengelakkan amalan yang bercanggah daripada objektif sebenar dasar ini. Peluasan Akta akan dilakukan dengan teliti dengan matlamat untuk menyumbang kepada kemakmuran sosioekonomi negara secara keseluruhan dan mengurangkan jurang antara kaum.

Inisiatif 4.2

Mengangkat Akta dan Konvensyen sedia ada bagi Menyokong Usul Peluasan Akta

Undang-Undang dan Konvensyen sedia ada yang mampu menyokong dan membantu pertimbangan usul peluasan Akta sedia akan diangkat bagi memastikan cadangan peluasan Akta ini dijalankan dengan terperinci. Antara Undang-undang dan Konvensyen sedia ada yang akan diangkat untuk melaksanakan inisiatif ini termasuk Konvensyen PBB menentang Rasuah (UNCAC) 2005 dan Seksyen 20 Akta SPRM 2009.