TPB2030 BM

PRAKATA OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI penerokaan dalam sektor-sektor industri baharu dan strategik. Akhirnya, Bumiputera akan turut bersama menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Namun, dalam kita mengorak langkah dan meneruskan pelaksanaan TPB2030, Malaysia dan dunia amnya sedang mendepani cabaran pandemik COVID-19 yang hampir melumpuhkan kestabilan lanskap sosial, ekonomi dan politik sejagat. Negara kita turut terkesan di dalam situasi yang getir ini, di mana rakyat terpaksa menerus dan memastikan kelangsungan hidup. Oleh itu, TPB2030 turut menyediakan pelan bagi memulih, menjana, dan memperbaharui ekonomi negara. Tindakan-tindakan dalam TPB2030 akan memberi fokus kepada sektor, proses-proses tertentu yang boleh menjadikan impak yang jelas. Sesungguhnya, tiada matlamat yang mustahil untuk kita capai, jika kita bersama membulat tekad menjadikan Malaysia sebagai kuasa besar ekonomi serantau. Bersama-sama kita menjayakan aspirasi yang terkandung di dalam TPB2030. Kejayaan hala tuju ini adalah kejayaan Bumiputera keseluruhannya. Pemerkasaan agenda Bumiputera bermula dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1970, yang mana merupakan satu strategi penyusunan semula masyarakat bagi memperbetulkan ketidaksamaan ekonomi. Usaha di bawah DEB diteruskan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) berlandaskan pencapaian pembangunan yang mampan serta pengagihan ekonomi yang seimbang untuk masyarakat majmuk di Malaysia. Menyedari hakikat bahawa pembangunan ekonomi merupakan satu usaha yang berterusan, Kerajaan kemudian memperkenal Pelan Transformasi Bumiputera dan Transformasi Kesejahteraan Bumiputera. Kedua-dua pelan ini diselaraskan mengikut keperluan dan kehendak ekonomi pada ketika itu, telah menjadi tunjang kepada pembangunan Bumiputera demi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Kini, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) telah diperkenalkan sebagai rancangan jangka masa panjang negara yang merupakan kesinambungan agenda Wawasan 2020. WKB2030 bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara yang lestari melalui pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif. Menyedari kepentingan penglibatan Bumiputera dalam WKB2030, Kerajaan telah melahirkan satu hala tuju baharu, Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) bagi menyusun semula dan membentuk keseimbangan di dalam sektor sosioekonomi. Matlamat TPB2030 ini akan tercapai sekiranya keseluruhan kekayaan Bumiputera dapat ditingkatkan dengan ketara menerusi pengukuhan keupayaan dan penambahan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi bernilai tambah tinggi, terutamanya melalui YB Datuk Dr Abd Latiff Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Prakata 05

RkJQdWJsaXNoZXIy NDI1NzQx