TPB2030 BM

PRAKATA OLEH YAB PERDANA MENTERI Taraf hidup Bumiputera perlu ditingkatkan dari segi pemilikan kekayaan, pemilikan aset bukan kewangan dan pemilikan ekuiti. Peningkatan taraf hidup ini juga bergerak seiring dengan peningkatan kebolehan dan keupayaan modal insan, termasuk peningkatan pendidikan, kemahiran dan kebolehupayaan teknologi di semua peringkat. Adalah amat penting untuk memberi peluang serta ruang kepada Bumiputera dalam meningkatkan keupayaan dan kapasiti mereka demi melahirkan generasi akan datang yang berdikari dan berwawasan. Harapan saya, agar dalam tempoh 10 tahun akan datang, TPB2030 dapat menjulang matlamat besar pemerkasaan sosioekonomi demi memartabatkan maruah Bumiputera dalam membina negara bangsa. #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat Mengorak langkah ke arah pemerkasaan agenda pembangunan Bumiputera sedekad akan datang, Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) adalah satu hala tuju baru demi memastikan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif dalam kalangan Keluarga Malaysia. Ini meliputi semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan di mana ia menjadi batu asas utama kepada pembentukan TPB2030. TPB2030 yang juga mendokong sebahagian intipati Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) adalah satu hala tuju yang jelas, berlandaskan perkembangan teknologi dan maklumat serta ekonomi global. Tujuan utama TPB2030 adalah untuk menyemarakkan agenda pembangunan Bumiputera dalam pelbagai sektor utama ekonomi sebagai asas untuk memastikan sosioekonomi, taraf hidup, kedudukan dan kelestarian Bumiputera dilonjakkan ke peringkat lebih tinggi. Untuk itu, penglibatan secara aktif dalam ekonomi digital berteraskan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) untuk memacu penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi kini dan masa akan datang. Pembangunan Bumiputera melalui modal insan dan kerohanian akan melahirkan generasi yang berwibawa, berpaksikan nilai- nilai murni. Sahsiah jati diri dan etika adalah pemangkin perubahan ke arah peningkatan tadbir urus Bumiputera yang berintegriti dan berkualiti. Perubahan ini sangat penting demi membina generasi pelapis yang akan mewarisi dan mengemudi naskhah hala tuju sedekad akan datang seperti yang digariskan dalam TPB2030. YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob Perdana Menteri Prakata 03

RkJQdWJsaXNoZXIy NDI1NzQx