Saranan #1

Melaksanakan Dasar ‘Carve-Out and Compete’

Memperkenalkan Dasar ‘Carve-Out and Compete’ di entiti berkaitan seperti Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Syarikat Perumahan Negara (SPNB), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan kuota sasaran sekurang-kurangnya 50% projek yang akan diberikan kepada syarikat Bumiputera.


Saranan #2

Menguatkuasakan Keperluan IBS dalam Projek

Kerajaan akan melaksanakan dan menguatkuasakan IBS sebagai syarat wajib dalam projek Kerajaan dan kerja-kerja sivil terpilih seperti perumahan awam, sekolah, jambatan, sistem penyaliran, penyelenggaraan cerun dan sebagainya.


Saranan #3

Melantik Syarikat Gergasi Peneraju untuk projek Perumahan Awam

Untuk mengekalkan pelaburan dalam teknologi IBS, Kerajaan akan melantik syarikat Gergasi Bumiputera untuk membangunkan projek perumahan awam, contohnya UEM Group dan UDA Holdings.


Saranan #4

Pengumpulan Bahan Mentah Secara Pukal untuk Mengurangkan Kos Melalui Syarikat Tujuan Khas (SPV)

Di bawah strategi ini, SPV akan ditubuh untuk mendapatkan sumber bahan mentah secara pukal untuk mengurangkan kos pasang-siap. Hasilnya, syarikat peneraju Bumiputera kemudiannya dapat memperoleh bahan mentah daripada SPV pada kadar keutamaan untuk menurunkan kos.


Saranan #5

Pengenalan Insentif Baharu untuk Mempromosikan Penerapan IBS oleh Syarikat Bumiputera

Untuk melengkapkan inisiatif yang ada, inisiatif baharu diperkenalkan dalam strategi ini dengan tujuan untuk mempromosikan penggunaan IBS oleh syarikat. Antara inisiatif baharu tersebut termasuklah memperkenalkan geran sepadan untuk memberi insentif kepada syarikat-syarikat Bumiputera.


Saranan #6

Menggalakkan Kenaikan Gred Kontraktor G1-G3

Matlamat strategi ini adalah memberi insentif kewangan untuk kontraktor Bumiputera untuk turut serta dalam program latihan IBS. Ini melalui peruntukan institusi CIDB dan TVET seperti GIATMARA dan Institut Latihan Kemahiran Awam.


Saranan #7

Menyeragamkan Reka Bentuk dan Spesifikasi

Keseragaman reka bentuk dan spesifikasi akan memudahkan penjejakan kelulusan dan kebenaran yang diperlukan oleh projek pembangunan dan pembinaan harta tanah. Pemaju yang memenuhi syarat ini akan menerima Permit Pembinaan dalam jangka waktu yang lebih pendek (tempoh untuk Menangani Permit Pembinaan (DCP) adalah 90 hari).