Sejak DEB, Agenda Bumiputera menyasarkan kesamarataan ekonomi untuk Bumiputera menerusi bidang yang memberi kesan kepada pendapatan dan kekayaan.

PA bertindak sebagai pemboleh daya KEGA dan BETA yang akan memacu aspirasi TPB2030 ke hadapan menerusi pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi. Perubahan ini menggunakan pendekatan holistik dengan menangani kedua-dua faktor aspek bekalan (sebagai contoh, peningkatan kemahiran tenaga kerja semasa) dan aspek permintaan (sebagai contoh, sasaran terpilih untuk penggajian secara menyeluruh), antara lainnya. Sasaran TPB2030 adalah untuk mencapai pendapatan median bulanan Bumiputera sebanyak RM5,169.12, selaras dengan WKB2030. Teras TPB2030 ini dibangunkan dengan jangkaan ekonomi baharu yang dibawa oleh Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Menyedari bahawa kesan pandemik COVID-19 kini mempengaruhi semua aspek kehidupan harian rakyat Malaysia, TPB2030 menyesuaikan strategi ekonominya dengan pertimbangan sosial untuk melindungi kekuatan dan semangat sebuah negara merentasi tempoh pemulihan. Pengukuhan wawasan negara, identiti kebangsaan, dan kemakmuran bersama adalah asas pengukuhan sebuah bangsa negara. Pemboleh daya yang terdapat dalam TPB2030 memberi tumpuan kepada pembangunan kapital sosial, impak berasaskan keberhasilan, dan pembentukan kesedaran masyarakat untuk mewujudkan perpaduan sosial.

Menjelang 2030, program pembangunan dan inisiatif yang dikenal pasti di bawah TPB2030 dijangka akan mencatatkan sumbangan GOS sebanyak RM253 bilion dan membentuk 603,910 pekerjaan baharu.



Tambahan lagi, sejumlah RM5.19 bilion pembiayaan awam dan swasta akan diperlukan untuk menggerakkan dan melaksanakan inisiatif digariskan merentasi semua tujuh (7) PA.

Secara keseluruhannya, 110 program pembangunan telah ditempatkan daripada 7 KEGA dan 36 inisiatif merentasi 7 PA.